quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola sanjung ‘keluarbiasaan’ Gundogan

PEP WATCH: The manager watched on as his side raced to an early lead.

PEP WATCH: The manager watched on as his side raced to an early lead.

Pep Guardiola memuji Ilkay Gundogan yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ selepas pemain Jerman itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas FC Basel.

Gundogan menghasilkan gol pada minit ke-12 dan ke-53 dan hampir menambah dua gol lagi dalam perlawanan pertama 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Image result for pep and gundogan 2018

“Gundo seorang pemain luar biasa. Musim lalu beliau kerap terlepas beraksi kerana cedera. Bukan hanya gol-golnya tapi juga personalitinya untuk bermain, dia seorang yang hebat. Saya amat gembira untuknya,” akui Pep.

Image result for FC Basel 0-4 Man City

Bos City turut mengakui yang pasukannya di prestasi terbaik di pertiga akhir dalam  kempen musim ini.

“Empat kosong di tempat lawan, ia satu keputusan hebat, namun di peringkat ini ia 180 minit secara keseluruhan.

“Vincent telah kembali, begitu juga Delph.. ramai pemain kembali dari kecederaan. Gabriel akan kembali semula tak lama lagi. Selain Mendy, kami akan ada skuad penuh nanti.

Image result for FC Basel 0-4 Man City

“Kami hampir ke suku akhir. Saya tak mengatakan ianya sudah selesai tapi kami memperolehi keputusan hebat. Kami telah bertahan 'bola panjang' (long balls) dengan bagus dan kami juga cukup klinikal hari ini.

“Pengalaman saya dalam Liga Juara-Juara di peringkat 16 akhir, ia hanya akan selesai selepas perlawanan kedua.

“Sudah tentu, kami akan turut fokus menentang Basel di Stadium Etihad, tapi dengan perlawanan melawan Arsenal dan Chelsea begitu hampir ia juga penting untuk memberi tumpuan kepada dua perlawanan tersebut.

Image result for FC Basel 0-4 Man City pep guardiola

“Jika kami berjaya ke suku akhir, ia lebih bagus berbanding musim lalu.

“Ia tidak mudah untuk mengekalkan tahap sama yang kami sedang bermain, tapi kami berjaya lakukannya. Secara keseluruhan, saya gembira. Kini kami bersiap untuk perlawanan seterusnya menentang Wigan (Piala FA) hari Isnin depan.

Image result for FC Basel 0-4 Man City pep guardiola

“Kami masih di bulan Februari. Dalam Liga Perdana Inggeris kami berada di posisi hebat, 16 jurang di puncak.

“Namun kami masih belum menjuarai apa-apa lagi. Seperti yang telah saya katakan pada awal, tumpu perlawanan demi perlawanan. Kami cuba terus fokus dan memenangi setiap perlawanan.”

Laporan Perlawanan

City selangkah ke suku akhir UCL tundukkan Basel

Previu Perlawanan

Menyahut cabaran Eropah di Switzerland

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami sasar lebih bagus dalam UCL kali ini