quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Tugasan berat masih banyak di hadapan

THE BOSS: Pep celebrates after City's third goal.

THE BOSS: Pep celebrates after City's third goal.

Pep Guardiola berkata masih banyak tugasan perlu dilakukan selepas membenamkan Leicester 5-1 malam Ahad di Stadium Etihad.

Citizens menambah jurang di puncak kepada 16 mata, sekurang-kurangnya untuk jangka masa 24 jam sebelum Manchester United melawan Newcastle United.

Bos City mengakui ia merupakan posisi bagus sekarang kerana dia tahu yang pasukannya tidak boleh berhenti berjuang meskipun mendahului liga dengan selesa.

“Saya tak boleh nafikan jarak kami dengan pasukan seterusnya,” ujar Pep. “Hari ini 16, esok boleh jadi kembali kepada 13. Masih banyak perlawanan perlu dimainkan tapi saya tidak tahu apa akan berlaku.

“Ya, meraih 72 mata pada bulan Februari, cukup banyak. Tapi saya lebih suka untuk menjawab soalan tersebut selepas 38 perlawanan! Kami mempunyai ramai pemain cedera dan di perlawanan-perlawanan seterusnya jika mereka kembali, ia cukup bagus.

Image result for aguero phil foden man city 5-1 leicester

“Namun setakat ini, segalanya amat baik. Kami menikmati apa yang telah kami lakukan, tapi kami perlu julang piala-piala.”

Guardiola mengakui jika pasukannya terus bermain dengan cara yang dilakukan mereka, ia sukar untuk memberhentikan Citizens menjulang piala Liga Perdana Inggeris di akhir musim nanti.

Tujuh kemenangan diperlukan dari 11 perlawanan terakhir akan menjamin City mengakhiri saingan Liga Perdana lebih awal.

Image result for aguero phil foden man city 5-1 leicester

“Jika kami boleh mengekalkan semangat ini untuk baki musim ini, buat pasukan-pasukan lain ia akan menjadi sukar.

“Hari ini, pada separuh masa pertama ia tidak sempurna. Leicester amat rumit. Terutama Vardy, yang begitu berbahaya.

“Menentang Burnley kami telah terlepas banyak peluang tapi hari ini kami memanfaatkannya. Kami kuat di laman sendiri. Kami merasa selesa di sini, di kediaman kami.”

Image result for pep guardiola man city 5-1 leicester city

Sudah tentu, Pep turut memberi pujian khas buat penjaring empat gol, Sergio Aguero dengan menambah: “Apabila seorang pemain menghasilkan empat  gol, dia berhak atas segala pujian.

“Dia telah bertarung sehabisnya, dia telah bermain dengan bersungguh, dan menjaringkan gol-gol.”

Laporan Perlawanan

Empat gol Aguero benamkan Leicester di Etihad

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu sang musang

Man City vs Leicester City

Manchester City menyasarkan kembali di laluan kemenangan dalam menerima kunjungan Leicester City di Stadium Etihad.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin berjaya dalam empat kejuaraan