quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bernardo Silva kian penting buat City

SUPER SUB: Bernardo found the back of the net just two minutes after coming on.

SUPER SUB: Bernardo found the back of the net just two minutes after coming on.

Pengaruh Bernardo Silva untuk City musim ini kian penting dalam pemain tonggak Portugis ini semakin serasi dalam bola sepak di England.

Bekas bintang Monaco kebiasaannya digunakan sebagai pemain simpanan dalam separuh pertama musim ini dengan diturunkan dalam kesebelasan utama hanya tujuh kali dalam 23 perlawanan pertama City.

Namun kecederaan David Silva dan Leroy Sane bermakna beliau menjadi salah seorang pemain penting sepanjang bulan Januari dan Februari.

Image result for bernardo silva 2018 pep guardiola

Tidak mengejutkan, beliau bermain jumlah perlawanan terbanyak di antara para pemain City musim ini dan hanya dua kali tidak beraksi iaitu ketika menentang Liverpool di laman sendiri dan di Huddersfield.

Ini bermakna Bernardo bermain dalam 40 perlawanan dari 42 perlawanan City di kesemua kejohanan musim ini.

Beliau hanya kurang 11 perlawanan untuk menyamai 51 penampilan keseluruhan buat Monaco musim lalu dan lima gol kurang dari 10 jumlah gol keseluruhan dijaringkan di musim pasukannya menjuarai Ligue 1 Perancis.

Related image

Ia hanya melebihi satu perlawanan dari Kevin De Bruyne dan melebihi dua perlawanan dari Fernandinho dan Kyle Walker.

Bernardo merupakan pemain yang Pep Guardiola gunakan untuk kesemua kejohanan musim ini dan statistik menunjukkan hanya David Silva, De Bruyne dan Leroy Sane membantu lebih jaringan berbanding Bernardo.

Related image

Jadi, dijangkakan Bernardo akan terus tampil sebagai salah seorang pemain penting untuk baki musim ini dalam City masih bersaing untuk tiga kejuaraan bermula menentang Arsenal dalam perlawanan akhir Carabao Cup Ahad ini dengan sasaran piala pertamanya bersama Citizens!

* Perlawanan akhir Carabao Cup antara Manchester City dan Arsenal akan berlangsung di Stadium Wembley pada hari Ahad, 25 Februari jam 4.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 pagi Isnin waktu tempatan Malaysia.

Galeri Foto

Galeri kenangan City di final Piala Liga lalu

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Ia bukan malam kami

PEP WATCH: The City boss watches on from the bench.

Pep Guardiola mengucapkan tahniah kepada Wigan Athletic atas kemenangan mereka 1-0 ke atas City dan mara ke suku akhir Piala FA.

Laporan Perlawanan

City tersingkir dari Piala FA dengan 10 pemain