quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Piala ini bukan untuk saya tapi untuk City

Pep Guardiola melahirkan rasa gembira dengan piala pertama sebagai pengurus City namun menegaskan ia adalah untuk setiap pihak berkaitan dengan kelab.

Bos City gembira dengan persembahan permainan keseluruhan dari para pemainnya tapi berkata permainan di separuh masa pertama kurang memuaskan berbanding babak kedua yang cemerlang.

“Ia penting untuk menjuarai piala ini kerana para penyokong kami amat gembira,” ujar Pep.

“Saya gembira untuk para peminat kami, para pegawai saya, para pemain, Sheikh Mansour dan Pengerusi Khaldoon Al-Mubarak.”

Ketika ditanya mengapa beliau kekal di padang perlawanan semasa piala dijulang, Pep menjelaskan: “Kerana ia lebih bagus melihat dari bawah sini, anda dapat melihat segalanya lebih jelas.

“Separuh masa pertama ia tidak memuaskan, terlalu banyak kesilapan dilakukan dengan siri hantaran mudah, tapi pada babak kedua kami bermain lebih berani, lebih personaliti. Oleh sebab itu kami lebih mantap selepas rehat.

“Ia amat penting menjuarai piala ini selepas kami tersingkir dari Piala FA. Sayang kerana kami telah bermain selama 45 minit menentang Wigan dengan 10 pemain lawan 11 dan kami telah bermain dengan baik, tapi tidak bernasib baik tidak dapat layak seterusnya.

“Kejayaan ini bukan untuk diri saya, ia untuk Manchester City”

Guardiola turut memberi perkembangan tentang Fernandinho selepas pemain tengah Brazil itu terpaksa menamatkan perlawanan awal berikutan kecederaan otot selepas lima minit perlawanan disambung di separuh masa kedua.

“Perlawanan akan datang saya rasa Fernandinho tidak dapat beraksi. Kita akan lihat hari Isnin sejauh mana tahap kecederaannya tapi ia satu kehilangan besar buat pasukan kami.”

Previu Perlawanan

Piala Liga: Pertemuan pertama di pentas akhir

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan cuba juarai Carabao Cup!

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva kian penting buat City