quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Setiap perlawanan kami bermain, kami belajar

Pep Guardiola merasakan pasukannya tidak bertahan cukup mantap menentang Wolves namun merasakan satu mata cukup bagus menentang pasukan sukar.

Bos City mengatakan terdapat kelebihan dan kekurangan dari perlawanan di Stadium Molineux dan menolak untuk mengkritik pengadil selepas beberapa keputusan tidak berpihak pada Blues.

“Ia satu perlawanan menarik untuk para penonton tapi kami terlepas begitu banyak serangan balas dan kehilangan banyak hantaran mudah.

SLIDE RULE: Bernardo Silva is denied by some desperate Wolves defending

“Kami telah mencipta banyak peluang menentang satu pasukan dengan sepuluh pemain mereka sering di belakang bola, di mana ia positif.

“Kami telah bermain dengan formasi 5-4-1 dan kami tidak mencipta banyak peluang dengan system tersebut musim lalu, tapi hari ini kami berjaya lakukannya.

“Ia satu lagi yang positif, tapi tiga percubaan kami terkena tiang dan palang, serta penjaga gol mereka melakukan penyelamatan dengan baik sekali. Kadang-kadang ia masuk, kadang-kadang tidak.”

LEADING MAN: Pep Guardiola points the way forward for City

Ketika ditanya jika para pemainnya telah diingatkan betapa sukarnya untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris beliau menjawab: “Kami telah bermain tahap sama dalam empat perlawanan pertama musim ini sebagaimana kami lakukan musim lalu.

“Ia sukar bermain menentang pasukan-pasukan bagus yang bertahan begitu ramai dan melakukan serangan balas dengan baik, jadi seperti yang telah saya katakan, saya terkejut dengan begitu banyak peluang yang kami cipta.

“Kami telah mencuba, mencipta peluang-peluang tapi kadang-kadang bola akhir tidak cukup bagus, tapi kami akan perbaikinya lagi kerana pertahanan kami tidak semantap seperti kebiasaannya.

CLOSE CALL: Raheem Sterling is denied by Ryan Bennett's desperate challenge

“Kami tahu betapa bagusnya Wolves kerana musim lepas dan mereka kuat dengan ramai pemain mereka yang ada, jadi kami tahu ia perlawanan sukar sebelum kami datang ke sini.

“Setiap perlawanan kami bermain, kami belajar lagi dan hari ini tiada bezanya.”

Menyentuh sama ada gol Wolves sepatutnya dibatalkan kerana terkena tangan atau City dihadiahkan satu dari beberapa penalti, Pep menjawab: “Liga Perdana Inggeris akan putuskan bila VAR akan digunakan di sini, ia bukan urusan saya.”

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami percayakan para penjaga gol muda kami

Berita Pasukan Utama

Bernardo: Rasa serasi kunci prestasi mantap

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Aguero antara terbaik dunia