quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero lakar rekod baru City cecah 200 gol

MILESTONE: Sergio Aguero

MILESTONE: Sergio Aguero

Sergio Aguero, penjaring gol terbanyak Manchester City sepanjang zaman, telah mencatat satu lagi rekod dengan gol ke-200 dan 201 dalam kemenangan Community Shield.

Aguero berjaya mengatasi rekod selama 78 tahun dipegang oleh legenda kelab, Eric Brook, apabila menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 4-2 melawan Napoli pada bulan November tahun lalu dengan 178 gol.

Image result for aguero napoli 3-2 man city

Dan kini beliau melepasi angka dua dekad gol apabila berjaya menendang masuk menggunakan kaki kirinya dalam kemenangan 2-0 ke atas Chelsea untuk menjamin kejuaraan Community Shield kelima buat kelab di Wembley.

Ia hanya mengambil masa 12 minit untuk Aguero membuka akaun baru golnya musim baru 2018/19 apabila berjaya menyudahi hantaran Phil Foden untuk meledak gol pembuka melepasi bekas rakan sepasukan dan juga rakan senegara, Willy Caballero yang kini penjaga gol lawan.

SO CLOSE: Sergio Aguero beats Willy Caballero but is just off target on this occasion

Aguero telahpun mencatat beberapa rekod baru kelab dengan menjaringkan hatrik ke-12 dalam semua kejohanan semasa kemenangan ke atas Leicester awal tahun ini. Lapan jaringan hatrik Liga Perdana Inggeris membawanya hanya Alan Shearer (12) dan Robbie Fowler (9) yang mendahuluinya.

Meskipun jumlah gol keseluruhan Shearer (260) agak sukar untuk diatasi dalam masa terdekat, Kun kini telah mengumpul 143 gol Liga Perdana buat City sehingga kini.

Sergio turut berjaya menghasilkan dalam tujuh perlawanan di tempat sendiri secara berturut-turut buat City musim lalu, satu lagi rekod baru.

READY TO RUMBLE: Sergio Aguero greets some of the City mascots as he arrives at Wembley

Beliau juga turut menyamai rekod Liga Perdana musim lalu dengan golnya di laman sendiri melawan Liverpool pada bulan September 2017 merupakan gol keenam berturut-turut menentang the Reds di Stadium Etihad – menyamai rekod Thierry Henry, enam gol dicatat berturut-turut melawan Aston Villa.

Kun juga menjadi pemain bukan Eropah untuk Liga Perdana Inggeris yang menjaringkan gol terbanya melepasi bekas penyerang Manchester United, Dwight York, asal Itali (123 gol).

Pecahan hasil 200 gol Aguero:

146 kaki kanan

35 kaki kiri

19 tandukan

181 dalam petak

19 luar petak

Ia musim baru yang mengujakan buat kita semua!

Berita Pasukan Utama

Pep puas prestasi pasukan rangkul Community Shield

Pep Guardiola Community Shield

Pep Guardiola berkata yang Phil Foden bersedia untuk memainkan peranannya dalam misi Manchester City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas persembahan individu yang mengagumkan dalam kemenangan Community Shield 2-0 ke atas Chelsea.

Galeri Foto

Galeri: Community Shield 2018 milik City!

Laporan Perlawanan

City julang kejuaraan Community Shield 2018