quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Mendy akan beri impak pada pasukan musim ini

THUMBS UP: Pep's seal of approval.

THUMBS UP: Pep's seal of approval.

Pep Guardiola percaya kembalinya Benjamin Mendy bersama skuad akan memberi impak kepada Manchester City musim ini.

City menjamin kemenangan 2-0 ke atas pasukan kendalian Unai Emery dalam perlawanan pembuka Liga Perdana Inggeris musim 2018/19 yang telah menyaksikan Mendy diturunkan dalam kesebelasan utama selepas mengalami kecederaan lutut hampir sepanjang musim lalu.

Bos percaya juara Piala Dunia 2018 bersama pasukan Perancis tersebut yang telah membantu kedua-dua jaringan gol oleh Raheem Sterling dan Bernardo Silva boleh memberi kesan kepada pasukan musim ini.

“Saya telah katakan banyak kali tahap permainan kami tinggi, anda tidak boleh nafikannya. Saya rasa kami boleh perbaiki lagi seperti memasukkan Mendy dalam pasukan,” jelas Guardiola seusai perlawanan.

“Hari ini kami memberi tekanan berbeza dari perlawanan menentang Chelsea minggu lalu. Untuk memahaminya kami perlukan masa. Tapi secara keseluruhan, saya lebih berpuas hati dengan apa yang telah saya saksikan ketika melawan Chelsea dan Arsenal.

“Mendy adalah Mendy, kadang kala kami mahu ‘membunuhnya’ dan kadang-kadang kami rasa bertuah dan anda memikirkan, wau, betapa hebat seorang pemain kami ada.

“Dia berikan kami tenaga.

“Mendy ada banyak perkara untuk diperbaiki lagi dan diharap kami boleh meyakinknya supaya melupakan sedikit tentang media sosial dan memperbaiki beberapa perkara.”

Tentang prestasi permainan pasukan keseluruhan, Pep merasa gembira dengan tahap permainan yang telah disaksikannya meskipun beberapa pemainnya kembali lewat dari percutian berikutan terlibat dengan Piala Dunia.

“Saya sentiasa fikirkan datang ke Stadium Emirates selalunya mencabar. Terutama dalam perlawanan pertama apabila Arsenal mempunyai pengurus baru. Setiap penyokong mahukan yang terbaik dan sudah tentu menjuarai Community Shield minggu ini juga bagus.

“Kami telah bermain pada tahap tinggi memandangkan kekurangan kondisi fizikal untuk para pemain yang tiba lewat selepas Piala Dunia.

“Persembahan permainan kami bagus tapi ia hanyalah langkah pertama, jadi kami akan teruskannya.”

Berita Pasukan Utama

Nombor skuad Man City 18/19

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu awali musim baru dengan kemenangan

Berita Pasukan Utama

City tandatangani Daniel Arzani dari Melbourne