quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City tandatangani Daniel Arzani dari Melbourne

DEAL DONE:  City are delighted to announce the signing of Daniel Arzani from Melbourne City FC.

DEAL DONE: City are delighted to announce the signing of Daniel Arzani from Melbourne City FC.

Manchester City sukacita mengumumkan menandatangani Daniel Arzani dari Melbourne City FC.

Pemain tengah serangan berusia 19 tahun itu telah tiba di UK pada hari Rabu untuk memuktamadkan terma-terma perpindahannya.

Siapa Daniel Arzani?

Daniel dikenali sebagai salah seorang pemain muda paling berbakat yang menyinar di persada bola sepak Australia dan menjadi pemain termuda pernah dinamakan dalam skuad kebangsaan Australia untuk Piala Dunia di Russia. Beliau juga merupakan pemain termuda dalam kejohanan tersebut apabila diturunkan sebagai pemain gantian untuk Socceroos di peringkat kumpulan menentang juara, Perancis.

Image result for daniel arzani v france

Arzani yang berketurunan Iran meniti bibir di kalangan peminat bola Australia sejak beberapa musim. Selepas menyertai Melbourne City pada tahun 206, musim 2017/18 telah menyaksikannya menyerlah dan menambat hati ramai dan dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik Liga Australia. Dia juga memenangi pingat Harry Kewell untuk anugerah Pemain Terbaik Bawah 23 di Australia.

Perpindahan Arzani antara Melbourne dan Manchester juga amat penting buat City Football Group, dan Pengarah Bola Sepak Global, Marian Marwood gembira menyaksikan Arzani berpindah ke Manchester.

Image result for daniel arzani melbourne city

Marwood berkata: “Dalam tempoh masa singkat, Daniel telah membangun menjadi salah seorang bintang muda Australia paling menyinar dan telah menunjukkan keinginan dan bakat semulajadi untuk berjaya di tahap tertinggi.

Image result for daniel arzani

“Laluan pertama telah dimulakan oleh Aaron Mooy dua tahun lalu, dan kami semua gembira menyaksikan seorang lagi bakat dari Australia melakukan perpindahan. Gabungan struktur bola sepak global City Football Group dan fasiliti bertaraf dunia City Football Academy telah menjadikan suasana di mana laluan ini menjadi tradisi.”

Perancangan untuk Daniel

Manchester City kini cuba meneroka pembangunan untuk Arzani, dan pengumuman lanjut akan dilakukan untuk pinjamannya ke kelab lain untuk membangunkan kariernya dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Selamat datang Daniel!

Berita Pasukan Utama

Joe Hart berpindah ke Burnley secara kekal

Berita Pasukan Utama

Aguero lakar rekod baru City cecah 200 gol

Berita Pasukan Utama

Pep puas prestasi pasukan rangkul Community Shield

Pep Guardiola Community Shield

Pep Guardiola berkata yang Phil Foden bersedia untuk memainkan peranannya dalam misi Manchester City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas persembahan individu yang mengagumkan dalam kemenangan Community Shield 2-0 ke atas Chelsea.