quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami percayakan para penjaga gol muda kami

WOLVES WATCH: Pep Guardiola

WOLVES WATCH: Pep Guardiola

Pep Guardiola berkata yang beliau gembira dengan pilihan para penjaga gol Manchester City sedia ada berikutan kecederaan jangka masa lama Claudio Bravo.

Guardiola telah memangill semula Aro Muric, 19 dari pinjaman di NAC Breda awal minggu ini dan akan bersaing dengan Ederson Moraes dan Daniel Grimshaw untuk posisi penjaga gawang.

Bos City mengakui ketiadaan pemain berpengalaman seperti Bravo satu tamparan namun merasakan beliau mempunyai pilihan pemain berbakat yang ramai untuk meneruskan kempen musim ini.

“Kami telah putuskan untuk memulakan musim ini dengan Grimshaw sebagai penjaga gol pilihan ketiga yang bermakna kami percayakannya.

“Seperti Aro, mereka tahu cara kami bekerja dan mereka akan bersama-sama kami.

“Seperti yang telah saya katakana sebelum ini, Aro merupakan potensi hebat sebagai penjaga gol. Etika kerjanya. Dia amat muda. Dia telah bermain musim lalu dalam pasukan kedua, di mana tiada saingan sebenar.

“Oleh sebab itu kami mahukannya bermain di Belanda tapi dia terpaksa kembali semula.

“Sudah tentu kami perlukan tiga penjaga gol. Kami percayakan Aro, tanpa ragu.

“Kami panggil semula Aro kerana kami kenal dirinya. Musim lalu beliau telah berlatih bersama kami semua sepanjang musim.

“Kami telah pinjamakannya kerana pada pandangan saya pasukan kedua tiada saingan sebenar dan kami mahu melihat dia bermain.

“Tapi dengan apa yang telah berlaku kepada Claudio, kami mahukannya kembali. Ederson, Aro dan Grimshaw akan menjadi para penjaga gawang kami.”

Image result for claudio bravo training

City akan berkunjung ke Wolves hari Sabtu untuk memburu kemenangan ketiga berturut-turut Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pasukan bimbingan Nuno Espirito Santo telah menjuarai Liga Championship dengans elesa musim lalu dengan bermain jenama bola sepak yang menarik banyak penggemar bola sepak neutral, dan telah memberi cabaran sengit kepada City semasa perlawanan pusingan keempat Carabao Cup musim lalu.

Image result for pep guardiola nuno espirito

Guardiola yang mengamalkan gaya bola sepak menyerang turut melahirkan rasa kekaguman terhadap pasukan lawan dan berkata tengahari Sabtu nanti akan sukar.

“Mereka telah menjadi pemusnah dalam Liga Championship. Mereka telah melalui musim luar biasa.

“Mereka bermain bola sepak menarik. Menyerang dengan barisan pemain bagus, seperti [Joao] Moutinho.

Image result for ciwy v wolves

“Kami tahu betapa sukar musim lalu semasa dalam Carabao Cup.”

* Perlawanan Manchester City melawan Wolverhampton Wanderers akan berlangsung di Stadium Molineux pada hari hari Sabtu, 25 Ogos jam 12.30 tengahari UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Bernardo: Rasa serasi kunci prestasi mantap

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Aguero antara terbaik dunia

Laporan Perlawanan

Hatrik Agüero tumbangkan Huddersfield di Etihad