quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami perlu awali musim baru dengan kemenangan

PREVIEW: Pep Guardiola speaks to the press ahead of our Premier League opener against Arsenal.

PREVIEW: Pep Guardiola speaks to the press ahead of our Premier League opener against Arsenal.

Pep Guardiola mengesahkan yang Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling dalam pemilihan untuk perlawanan pembuka Liga Perdana Inggeris musim baru menentang Arsenal, Ahad ini.

Kedua-dua pemain tersebut telah kembali berlatih hari Isnin selepas pasukan menjuarai Community Shield ke atas Chelsea, setelah kembali menghabiskan masa rehat tiga minggu berikutan terlibat dalam Piala Dunia.

Meskipun terdapat keraguan tentang kecergasan kedua-dua pemain untuk perlawanan pertama musim 2018/19 di Stadium Emirates nanti, Guardiola menjelaskan yang De Bruyne dan Sterling dalam kondisi ‘cukup sempurna’.

“Mereka dalam pemilihan, mereka tiba dengan keadaan cukup bagus.

“Raheem dan Kevin bercuti selama tiga minggu selepas Piala Dunia, dimana mereka tidak cukup masa untuk persiapan pramusim, tapi mereka tiba dalam keadaan cukup sempurna.

“Sterling cergas selepas tiga, empat hari, dia bukan orang yang berbadan besar. Mengekalkan kondisi fizikal badannya mudah.

“Kevin tiba dalam keadaan sempurna.”

Pemain baru, Riyad Mahrez juga dalam pemilihan skuad selepas menyempurnakan pramusim secara penuh bersama Citizens.

Guardiola mendedahkan yang pemain Algeria itu telah dapat menyesuaikan diri dalam pasukan barunya dengan mudah.

“Dia telah sesuaikan diri dengan baik sekali, dia tahu selok-belok Liga Perdana, jadi ia bagus untuk kami.

“Hari ini, para pemain serasi serta merta dalam pasukan. Para pemain yang sedia ada di sini telah memperkenalkan diri mereka kepadanya dengan mudah.

“Dia sudah kenal Benjamin Mendy dari sebelum ini dan sebahagian pemain lain. Dalam masa dua atau tiga hari, dia hanyalah seorang pemain lagi, sebahagian dari pasukan ini.”

Guardiola turut mengulas tentang rakan sejawatnya di Arsenal, Unai Emery dengan penuh kekaguman, yang akan mengendalikan perlawanan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali apabila kedua-dua pengurus bertembung nanti.

“Dia seorang pengurus yang cemerlang, apa yang telah beliau capai, tiga kejuaraan Liga Europa berturut-turut, adalah hebat. Dia pengurus yang bagus dan ia bagus untuk Liga Perdana.

Image result for pep guardiola unai emery

“Sasaran kami adalah, cuba menang sebanyak mungkin yang boleh, dan pada bulan April atau Mei nanti, kita akan sama-sama lihat natijahnya.

“Jika kami bagus dan konsisten sebagaimana musim lalu, kami berpeluang cerah.”

* Perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim baru 2018/19 menentang Arsenal akan berlangsung di Stadium Emirates pada hari Ahad, 12 Ogos, jam 4 petang UK bersamaan pukul 11 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

City tandatangani Daniel Arzani dari Melbourne

Berita Pasukan Utama

Joe Hart berpindah ke Burnley secara kekal

Berita Pasukan Utama

Aguero lakar rekod baru City cecah 200 gol