quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami akan cari solusi ketiadaan De Bruyne

PREVIEW: Pep speaks to the media ahead of City's home game against Huddersfield.

PREVIEW: Pep speaks to the media ahead of City's home game against Huddersfield.

Pep Guardiola mengesahkan yang David Silva kembali berlatih menjelang perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris musim ini dan pertama di Stadium Etihad menentang Huddersfield Town, Ahad ini.

Pemain tengah Sepanyol itu terlepas perlawanan Community Shield melawan Chelsea dan perlawanan pembuka kemenangan ke atas Arsenal. Namun Guardiola mendedahkan yang Silva telah berlatih dengan bagus sejak beberapa hari lalu.

“David telah berlatih dalam dua tiga sesi latihan.

“Minggu lalu, dia tidak cergas, dia ada masalah di bahagian betisnya, tapi telah berlatih dengan baik sejak dua tiga hari lalu.”

Pep turut memuji dan mengucapkan tahniah untuk David Silva yang mengumumkan persaraannya dari arena antarabangsa.

“Tahniah untuk David atas pencapaiannya bersama Sepanyol dengan satu Piala Dunia, dua Piala Eropah dan lebih 100 penampilan. Beliau putuskan tanpa sesiapa memaksanya. Kini dia boleh berehat bersama isteri, keluarga dan anak kecilnya, serta berlatih bersama-sama kami.”

Guardiola turut memperkatakan tentang tamparan diterima pasukannya dengan kehilangan Kevin De Bruyne untuk tempoh agak lama berikutan kecederaan ligamen lutut di bahagian kanan.

Dengan pemain tengah Belgium dijangka terpaksa direhatkan sekitar tiga bulan, Guardiola mengakui kehilangan KDB akan amat dirasai.

“Pihak doktor telah memaklumkan yang beliau terpaksa berehat sekitar tiga bulan, diharap dia akan kembali pada masa tersebut, dia boleh lakukan secepat mungkin jadi sebaik sahaja dia kembali, dia boleh membantu kami semula.

“Ia satu kehilangan besar. Musim lalu kami ketiadaan Benjamin Mendy.

“Musim lalu, KDB begitu cemerlang. Buatnya, keluarganya dan bagi kami, ia sukar, anda tidak pernah mahu kecederaan lama tapi kami perlu menerimanya.

“Terutamanya dengan jumlah perlawanan begitu banyak, para pemain biasa cedera. Kadang-kadang ia lumrah. Anda perlu berehat selepas musim yang mencabar sebelum kembali semula. Manusia ada hadnya dan perkara-perkara sebegini berlaku.

“Musim lalu dari segi kecederaan ia luar biasa. Kami mempunyai para pegawai kesihatan terbaik di England. Kami ada beberapa kecederaan.

“Kami tidak pernah tahu mengapa ia berlaku, saya tidak tahu secara jelas. Anda bermain lebih 11 bulan dan selepas itu kembali semula, kadang-kadang perkara sebegini terjadi. Kami tidak tahu puncanya. Apabila anda bugar selepas percutian biasa, perkara sebegini boleh berlaku.

“Kami menjaga mereka sebaik mungkin tapi anda tidak pernah tahu.

“Ia tidak mudah untuk menggantikan Kevin tapi kami akan lakukan yang terbaik. Kami tak gembira, ia berlaku setiap musim dengan Ilkay Gundogan beberapa tahun lalu dan Mendy musim lalu.

“Kevin perlu berehat dan bercuti kerana dia tidak berehat sepenuhnya semasa musim panas. Kami ada para pemain lalin. Kita akan lihat nanti.”

Guardiola turut memaklumkan tentang perkembangan Danilo yang mengalami kecederaan kaki semasa mewakili Brazil di Piala Dunia lalu.

“Danilo masih berlari. Dia memberitahu saya merasa bertambah baik.”

*Perlawanan menentang Huddersfield Town akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Ahad, 19 Ogos jam 1.30 tengahari UK bersamaan pukul 8.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Perkembangan kecederaan De Bruyne

Berita Pasukan Utama

Kevin de Bruyne: Laporan Kecederaan

Berita Pasukan Utama

Pep: Mendy akan beri impak pada pasukan musim ini