quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep puas prestasi pasukan rangkul Community Shield

Pep Guardiola Community Shield

Pep Guardiola Community Shield

Pep Guardiola berkata yang Phil Foden bersedia untuk memainkan peranannya dalam misi Manchester City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas persembahan individu yang mengagumkan dalam kemenangan Community Shield 2-0 ke atas Chelsea.

Pemain tengah muda kelahiran Stockport, Greater Manchester itu membantu jaringan pembuka Sergio Aguero yang juga gol ke-200 Kun buat kelab dengan hantaran cantik serta permainan keseluruhan yang cemerlang.

Foden begitu menyerlah tampil bersama pasukan utama musim lalu dalam beberapa perlawanan yang membawanya meraih pingat kejuaraan Liga Perdana.

Ketika ditanya sama ada pemain berusia 18 tahun itu bersedia untuk pasukan Liga Perdana bimbingannya, Pep tanpa ragu-ragu menegaskan.

MIDDLE MARCH: Phil Foden looks to set up another City attack

“Dia sudah bersedia musim lalu. Kini telah setahun berlalu, dia lebih matang.

“Dia berlatih musim lalu bersama-sama kami dan berjuang dengan para pemain kami.

EXPERIENCE AND YOUTH: Vincent Kompany and Phil Foden

“Ia amat bagus untuk mempunyai seorang lagi pemain dengan bakatnya. Dia seorang peminat City, orang Manchester dan ia bagus buat kami.

Persembahan permainan Foden merupakan salah satu dari reaksi Pep dengan dua gol Aguero membawanya melepasi angka 200 gol dalam kariernya bersama kelab.

DOUBLE TOPS: Sergio Aguero prepares to celebrate after firing home his 201st career goal for the Blues

Sementara pemain baru yang ditandatangani City musim panas ini, Riyad Mahrez, turut menyinar dalam penampilan pertama perlawanan kompetitif dan aksi Bernardo Silva turut menarik perhatian ramai.

Dengan masa yang terhad untuk bekerja dengan pasukan utama yang sebilangan besar terlibat dengan Piala Dunia, Guardiola berkata yang beliau lebih berpuas hati dengan persembahan para pemainnya di Wembley.

TALKING POINTS: Manager Pep Guardiola urges City on during Sunday's Community Shield clash with Chelsea

“Kami telah bermula dengan bagus dan bermain pada tahap seperti musim lalu dengan hanya lima hingga enam sesi latihan.

“Mentaliti pasukan pada posisi tepat. Ia merupakan tahun ketiga, jadi kebanyakan perkara yang kami laksanakan kami sudah tahu, tidak sebagaimana ketika mula-mula tiba dahulu.

“Kami perlu bermain dengan sikap ini dan apa yang telah kami lakukan, kita sama-sama akan lihat pada akhir musim nanti di mana tahap kami.

“Apabila anda menang, anda gembira.

“Bulan April dan Mei, kami akan tahu. Keputusan-keputusan perlawanan nanti akan tunjukkan siapa diri kami. Kami tidak bercakap tentang menjuarai Liga Perdana Inggeris.”

Galeri Foto

Galeri: Community Shield 2018 milik City!

Laporan Perlawanan

City julang kejuaraan Community Shield 2018

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Mahrez sedia untuk Community Shield