quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Joe Hart berpindah ke Burnley secara kekal

THANK YOU, JOE:  In total, Joe Hart played 348 times for the Blues, leaving behind some wonderful memories

THANK YOU, JOE: In total, Joe Hart played 348 times for the Blues, leaving behind some wonderful memories

Joe Hart telah menandatangani menyertai Burnley untuk berpindah secara kekal menamatkan tempoh 12 tahun khidmatnya bersama Manchester City.

Secara keseluruhan Joe telah bermain  sebanyak 348 kali untuk City dengan meninggalkan banyak kenangan indah, dan memahat nama dalam sejarah kelab yang telah memainkan peranan penting menjadikan kelab salah satu kuasa besar Liga Perdana Inggeris.

Hart memberitahu CityTV: “Ia merupakan pengalaman hebat, saya bertambah matang. Saya datang ke sini pada usia 19 tahun dan akan meninggalkan kelab ini pada umur 31 tahun, jadi ia tempoh begitu lama dan banyak perkara telah berlaku- keluarga, rakan-rakan dan banyak bermain bola!

Image result for joe hart man city 

“Saya semestinya rasa disayangi dan dihargai. Saya sentiasa seronok bersama para peminat Man City, saya datang ke sini sebagai pemain Shrewsbury Town, budak dari Shrewsbury. Ia merupakan permulaan buat saya berada di kelab ini sebelum mereka mencabar kejuaraan, dan saya telah disambut dengan baik dari hari hari pertama. Saya rasa mereka telah saksikan sesuatu pada diri saya yang akan mencuba yang terbaik.

“Saya tidak berupaya lakukan banyak perkara apa yang telah saya lakukan jika saya tidak gembira, jadi saya gembira telah berikan para peminat sebahagian memori indah dan diharap saya juga akan turut dikenang.”

Related image

Pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak berkata: “Sumbangan Joe Hart kepada Manchester City tidak disangsi. Selama dua belas tahun beliau di kelab telah menyaksikannya mempersembahkan permainan memukau dan penyelamatan yang membuat jantung terhenti yang akan terus hidup dalam ingatan buat masa yang lama.

Image result for khaldoon mubarak and joe hart

“Semangatnya dan komitmennya pada kelab ini terbukti dengan 348 penampilan, bermakna dia selayaknya dianggap sebagai legenda City.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih secara peribadi kepadanya atas segala yang beliau telah berikan kepada kami sejak banyak tahun dan harapan yang terbaik Shekih Mansour dan saya untuk kariernya yang seterusnya. Dia akan sentiasa dialu-alukan di kelab.”

Hart telah menyertai City pada tahun 2006 dari Shrewsbury dengan yuran perpindahan sebanyak £600,000 selepas menarik perhatian jurulatih penjaga gol City masa itu, Tim Flowers.

Sebagai budak Shrewsbury, beliau tampil sebanyak 58 kali buat kelab tempat kelahirannya sepanjang tempoh tiga tahun.

DEBUT: A young Joe Hart keeps a clean sheet against Sheffield United 2006.

Beliau berpindah ke City dan memahat namanya sebagai penjaga gol No.1 England Bawah 19 dan tampil bermain buat kali pertama untuk City menentang Sheffield United pada usia 19 tahun dengan mengekalkan tanpa bolos seri 0-0.

Pada musim yang sama, beliau menghabiskan masa beberapa bulan dipinjamkan ke Blackpool dan Tranmere, sebelum kembali ke City mencabar posisinya dengan Andreas Isaksson dan Kasper Schmeichel untuk jersi No.1 di Stadium Etihad.

RETURN: Back from Birmingham, Hart was named MOTM vs Tottenham after a superb display at White Hart Lane.

Joe dipanggil buat kali pertama mewakili pasukan senior England pada Jun 2008 dalam kemenangan 2-0 ke atas Trinidad & Tobago, dan di musim berikutnya memahat namanya sebagai penjaga gol No.1 England.

Kapten Vincent Kompany yang menyertai City pada musim panas 2008 mengulas: “Joe telah menyertai City pada usia muda dari Shrewsbury dan meninggalkan City sebagai legenda.

Image result for joe hart signed man city from shrewsbury

“Apabila anda lihat keadaan kelab semasa beliau menyertainya dan kelab pada masa sekarang, kami telah banyak lalui dan kejayaan yang dicapai, Joe merupakan sebahagian besar darinya.

“Penyelamatannya menentang Dortmund dan Barcelona, pelukan eratnya dengan Gael pada tahun 2012, detik-detik ini takkan kami lupa selamanya!

Related image

“Ia satu penghormatan dapat bermain disampingnya untuk begitu banyak tahun dan saya tahu saya bercakap mewakili setiap peminat City bila saya katakan yang Joe amat bermakna buat kami dan akan disayangi oleh kelab barunya sebagaima dia disayangi kami semua.

Ketika Shay Given menjadi penjaga gawang City selepas menyertai kelab awal 2009, Hart telah dipinjamkan ke Birmingham City untuk musim 09/10. Ia terbukti tempoh pinjaman berjaya apabila beliau dinamakan sebagai Pemain Terbaik Birmingham City untuk tahun tersebut dan mendapat tempat dalam Pasukan Terbaik PFA tahun itu.

Image result for joe hart mancini

Pengurus baru City, Roberto Mancini, begitu ingin Hart kembali sebagai No.1 untuk kempen 2010/11 selepas pengurus Itali tersebut mengambil alih jawatan pada bulan Disember, namun dengan Joe telah dipinjamkan beliau tidak dapat memanggilnya kembali, meskipun kelab mengalami krisis penjaga gawang hinga minggu-minggu akhir musim tersebut.

Hart akhirnya kembali semula pada awal musim 2011/12 yang telah menyaksikannya memperagakan aksi penyelamatan gol mengagumkan ketika perlawanan menentang Spurs di White Hart Lane. Beliau kekal sebagai pemain No. 1 City untuk sepanjang kempen tersebut dengan memain peranan penting City menjamin tempat layak ke Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali, dan menjuarai Piala FA, menamatkan penantian piala utama selama 35 tahun.

93.20: Hart goes wild after Sergio Aguero's goal to seal the title!

Pada musim berikutnya, Hart berperanan membawa kembali piala Liga Perdana Inggeris ke pangkuan kelab selepas 44 tahun penantian, dan cara Joe meraikannya bersama Gael Clichy selepas kemenangan dramatik 3-2 ke atas QPR merangkumkan detik-detik indah buat para pemain dan para peminat.

Sebagai pemain kegemaran peminat, Joe kemudian menjuarai Liga Perdana buat kali kedua di bawah bimbingan Manuel Pellegrini pada musim 2013/14 dan dua Piala Capital One pada tahun 2014 dan 2016.

Image result for joe hart golden gloves

Joe turut memenangi empat anuegrah ‘Sarung Tangan Emas’ Liga Perdana Inggeris atas jumlah perlawanan tanpa bolos terbanya dan perlaawanan kompetitif terakhirnya buat City pada tahun 2016, satu lagi tanpa bolos menentang Steaua Bucharest dalam kelayakan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Etihad dimana beliau memakai lilitan bandana kapten di lengan.

Joe kemudian menyertai Torino untuk pinjaman semusim sebelum dipinjamkan ke West Ham United pada musim 2017/18.

Related image

Dengan mewakili England sebanyak 75 kali dan 348 penampilan buat City, Hart akan terus dikenang sebagai salah seorang pemain hebat sebenar Manchester City, seorang profesional dengan khidmat cemerlang kepada kelab.

Hanya segelintir akan lupa dengan persembahan permainannya sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, namun permainannya menentang Spurs 2010, Borussia Dortmund 2012 dan melawan Barcelona 2015 ketika mengekang serangan Lionel Messi hampir sukar luput di ingatan.

Image result for joe hart vs messi 2015

Setiap kami di Manchester City mengucapkan yang terbaik buat Joe untuk lembaran karier seterusnya dan beliau akan akan sentiasa dialu-alukan kembali ke kelab yang telah dianggap sebagai kediamannya.

Image result for joe hart signed man city from shrewsbury

Terima kasih Joe Hart dan selamat maju jaya di Burnley!

Berita Pasukan Utama

Aguero lakar rekod baru City cecah 200 gol

Berita Pasukan Utama

Pep puas prestasi pasukan rangkul Community Shield

Pep Guardiola Community Shield

Pep Guardiola berkata yang Phil Foden bersedia untuk memainkan peranannya dalam misi Manchester City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas persembahan individu yang mengagumkan dalam kemenangan Community Shield 2-0 ke atas Chelsea.

Galeri Foto

Galeri: Community Shield 2018 milik City!