quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep gesa City pamer mental juara lawan Newcastle

PREVIEW: A word from the boss...

PREVIEW: A word from the boss...

Pep Guardiola telah menggesa para pemainnya untuk menunjukkan mentaliti juara ketika mereka menghadapi Newcastle United, Sabtu ini.

Guardiola percaya yang keupayaan City untuk bangkit semula dari keputusan mengecewakan sebagai kunci kejayaan musim lalu dalam pasukan merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris penuh bergaya dengan memecah deretan rekod baru.

Selepas diikat seri 1-1 dengan pasukan yang baru dipromosi ke Liga Perdana, Wolves hujung minggu lalu, beliau ingin melihat para pemainnya menunjukkan semangat juang sama apabila menentang Newcastle di Stadium Etihad nanti.

Image result for wolves 1-1 man city

“Kita di bulan Ogos, masih banyak mata untuk dimainkan dan musim sebenar hanya akan bermula selepas rehat antarabangsa nanti, dengan tiga perlawanan setiap minggu, melakukan perjalanan ke tempat-tempat lawan, dan tiada masa untuk lakukan persiapan.

“Kami keciciran dua mata, atau hanya meraih satu mata di Wolves. Rahsia musim lalu apabila kami lakukannya kami  menang perlawanan kemudiannya.

Newcastle yang masih belum meraih sebarang kemenangan musim ini dijangka akan memberi ancaman berbeza berbanding Wolves, yang berkeinginan untuk menyerang City yang telah mendapat banyak pujian.

Pasukan kendalian Rafa Benitez lebih konservatif, sebagai buktinya semasa perlawanan terakhir mereka menentang Chelsea di tempat sendiri hujung minggu lalu dan dua perlawanan melawan City musim lepas.

Image result for pep rafa benitez

Mereka hanya memperolehi 22 peratus posesi ketika City bertandang di St James’ Park bulan Disember, dengan ramai bertahan yang menghampakan pasukan Pep.

Namun Guardiola berkata menguraikan pasukan-pasukan yang bertahan adalah sebahagian dari bola sepak Liga Perdana, satu cabaran yang beliau gemar hadapi.

“Sebahagian pasukan-pasukan bermain lebih bertahan tapi ia bukanlah satu masalah, setiap pasukan boleh lakukan apa yang mereka percayai.

Image result for newcastle v man city 2018 st james park

“Pada akhirnya, kami di sini untuk meraih mata.

“Jika mereka memutuskan untuk bermain dengan cara tersebut, kami akan lakukan apa yang perlu dilakukan.

“Ia bukan satu masalah. Mereka peprcaya pada gaya permainan permainan. Ia bergantung pada kami untuk menyelesaikannya. Ia satu tugasan.”

Dengan ketiadaan buat jangka masa panjang Kevin De Bruyne dan Claudio Bravo, Pep mengesahkah baki semua pemain sihat dan bersedia untuk menghadapi pasukan Rafa Benitez.

“Setiap pemain baik, setiap orang cergas.

Pep turut memberi pujian khas buat pemain muda baru City, Claudio Gomes yang Guardiola percaya ada masa depan cerah.

“Claudio seorang pemain muda, beliau bersama kami semasa pramusim dan kami gembira beliau bersama-sama kami, personaliti ditunjukkan semasa bermain.

Related image

“Pasaran bulan Januari masih jauh, kami mencari pilihan-pilihan untuk masa depan. Kami memutuskan untuk memilih Claudio kerana potensi ada padanya.”

* Perlawanan menentang Newcastle United akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 1 September jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

City diundi lawan Oxford pusingan ke-3 Piala Liga

Berita Pasukan Utama

Man City diundi dalam Kumpulan F UCL 2018/19

Berita Pasukan Utama

Aguero, Bernardo dan Mendy calon anugerah Etihad