quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Aguero antara terbaik dunia

MAN OF THE MATCH: Pep Guardiola shows his appreciation for his hat-trick hero

MAN OF THE MATCH: Pep Guardiola shows his appreciation for his hat-trick hero

Pep Guardiola memuji Sergio Aguero sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia berikutan kemenangan selesa 6-1 ke atas Huddersfield Town.

Penyerang Argentina itu menghasilkan jaringan hatrik, yang kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris dan ketiga belas buat City, serta terus mencatat rekod mengagumkan untuk memulai kempen 2018/19 dengan meyakinkan.

Aguero membuka jaringan dengan rembatan cantik dari hantaran awal penjaga gol, Ederson Moraes sebelum menendang masuk gol kedua dari jarak dekat melepasi Ben Hammer dari hantaran lintang Benjamin Mendy.

TREBLE: Three is the magic number!

Kun kemudian melengkapkan jaringan hatriknya pada separuh masa kedua, sekali lagi dari umpanan Mendy dengan menguis masuk ke belakang.

Guardiola memuji penyerangnya yang juga menjaringkan gol ke-200 semasa kemenangan ke atas Chelsea dalam perlawanan Community Shield dan mendedahkan yang Kun kini merasa ‘bebas’ berikutan pembedahan yang dilaluinya semasa musim panas.

“Tiga gol dalam satu perlawanan, itu ok!’ ketawanya, ketika ditanya sama ada Aguero akan lebih klinikal.

IMPRESSED: Pep Guardiola, enjoying what he's seeing

“Kami tidak akan menuntut lebih dari itu. Semenjak beliau kembali saya saksikannya dari minit pertama, saya katakan: Wau!

“Beliau kembali sempurna. Selepas pembedahan dengan doktor, dia merasa bebas sekarang. Dia mengalami masalah kecederaan tahun lalu tapi sekarang, bukan sahaja menjaringkan gol-gol malah juga dengan hantaran dan bantuan gol…dia tidak pernah berhenti!

“Apabila ia berlaku, dia merupakan salah seorang penyerang terbaik di dunia, tanpa syak lagi.

“Semenjak dia kembali, pada tempoh masa ini – dalam Community Shield, menentang Arsenal dan hari ini, dia sempurna.”

Guardiola turut memuji David Silva yang mencatat penampilan ke-250 Liga Perdana Inggeris dengan sepakan gol menawan – tendangan bebas yang masuk di penjuru atas gawang.

WIZARD: David Silva attempts to weave some magic in the box

Keluarga dan rakan-rakan pemain tengah Sepanyol itu turut hadir menyaksikan penampilan pertama El Mago musim ini, dan Guardiola mengumumkan ia merupakan detik peribadi yang takkan beliau lupakan.

“Beliau telah mempamerkan permainan yang luar biasa, ia merupakan perlawanan pertamanya selepas cuti musim panas.

“Beliau begitu bermotivasi. Keluarganya, kedua ibu bapanya, isterinya dan anaknya hadir dan beliau telah menghadiahkan gol yang indah untuknya (Mateo).

LITTLE BOY BLUE: David Silva cradles his son Mateo before kick-off

“Anaknya tidak akan pernah melupakan kali pertama menyaksikan ayahnya beraksi di padang bola, menjaringkan satu gol cantik.

“Kami telah bertemu dengannya (Mateo) dua hari lalu di bilik persalinan pakaian. Ia merupakan detik indah buat kami.

“Musim lalu amat sukar buat keluarganya tapi nasib baik, si kecil cekal bertarung nyawa.

“Dia di sini dan ia hari istimewa buat kami dan David.”

Perlawanan pertama di laman sendiri musim ini turut menyaksikan Mendy melakukan tiga lagi bantuan jaringan, selepas dua bantuan untuk kedua-dua gol kemenangan ke atas Arsenal minggu lalu.

JOYEUX: Benjamin Mendy was glad to be back in action at the Etihad Stadium

Guardiola memuji kualiti pemain pertahanan Perancis tersebut dengan mengatakan: “Kami tahu kekuatan fizikalnya, kini kami ada perlawanan sekali seminggu, kami ada masa untuk pulih. Saya tidak tahu apa akan berlaku bila kami bermain setiap tiga hari!

“Dia seorang pemain yang penuh bertenaga, dari segi pertahanan dan serangan, juga dengan bola.

“Semua pemain yang telah bermain kesemua tiga perlawanan setakat ini, mereka telah lakukannya dengan amat bagus sekali.”

Laporan Perlawanan

Hatrik Agüero tumbangkan Huddersfield di Etihad

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan cari solusi ketiadaan De Bruyne

Berita Pasukan Utama

Perkembangan kecederaan De Bruyne