quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Perkembangan kecederaan De Bruyne

Kevin De Bruyne out for 3 months

Kevin De Bruyne out for 3 months

Manchester City boleh mengesahkan yang Kevin De Bruyne mengalami kecederaan lutut kanan.

Pemain tengah Belgium itu tidak memerlukan pembedahan namun dijangka direhatkan sekitar tiga bulan yang membawa De Bruyne terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Huddersfield (H), Wolverhampton (A), Newcastle (H), Fulham (H), Cardiff (A), Brighton (H), Liverpool (A), Burnley (H), Southampton (H) dan Manchester United (H).

Kevin beraksi sebagai pemain gantian dalam perlawanan pembuka musim baru 2018/19 dengan kemenangan City 2-0 di Arsenal dan mengalami kecederaan semasa sesi latihan pada hari Rabu dalam persediaan bertemu Terriers hari Ahad ini di Stadium Etihad.

Setiap kami di Manchester City mendoakan agar KDB lekas sembuh dan kami akan membawa perkembangan beliau di laman web rasmi Bahasa Melayu kami my.mancity.com  dan akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu di @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Kevin de Bruyne: Laporan Kecederaan

Berita Pasukan Utama

Pep: Mendy akan beri impak pada pasukan musim ini

Laporan Perlawanan

Juara bertahan, City kekal unggul kalahkan Arsenal