quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Gabriel Jesus tandatangani lanjutan kontrak

SIGNED UP: Gabriel Jesus

SIGNED UP: Gabriel Jesus

Manchester City sukacita mengumumkan Gabriel Jesus menandatangani lanjutan kontrak dua tahun yang akan mengekalkannya di kelab hingga tahun 2023.

Penyerang Brazil berusia 21 tahun tersebut dikenali sebagai salah seorang pemain berbakat yang kian menyerlah dengan rasminya telah menyertai kelab pada Januari 2017 dan semenjak itu telah menjaringkan 24 gol dalam 53 perlawanan. Beliau berperanan penting dalam kejayaan City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Carabao Cup  musim lalu.

Related image

Beliau melahirkan rasa teruja menandatangani kontrak baru dengan kelab yang dirasakan dapat menawarkan kondisi terbaik untuk membangunkan lagi kariernya.

“Saya amat gembira menandatangani perjanjian ini. Ini merupakan tempat terbaik untuk saya memperbaiki lagi diri sebagai pemain dan mencapai cita-cita karier saya.

“Pep membawa permainan saya ke peringkat lebih baik dimana ia mengujakan saya, dan musim lalu telah menunjukkan betapa bagusnya pasukan ini.

“Perkara terbaik ialah betapa mudanya skuad ini. Kita ada lebih banyak lagi yang dapat dicapai bersama dan saya gembira menjadi sebahagian darinya.”

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas sambutan dan cara mereka melayani saya. Saya boleh katakan ia merupakan keputusan terbaik pernah saya lakukan dalam hidup saya untuk datang ke Manchester City kerana sementara saya di sini saya terus memperbaiki diri sebagai pemain profesional dan individu.

Image result for gabriel jesus pep guardiola 2018

"Juga terima kasih kepada kelab kerana begitu tersusun dan fokus semenjak saya tiba. Pep berperanan penting dalam penandatanganan saya, tapi juga kelab. City merupakan satu kelab besar dan ia bertambah bersar, jadi saya mahu ucapkan terima kasih atas segalanya. Saya harap saya dapat terus membuatkan para peminat gembira."

Pengarah Bola Sepak, Txixi Begiristain menambah: “Gabriel tidak syak lagi adalah salah seorang penyerang muda terbaik dalam dunia bola sepak, jadi membawanya komited dengan masa depannya dengan kami satu perangsang besar.

“Terdapat begitu banyak kepelbagainan dalam permainannya. Saya tahu betapa Pep gembira bekerja dengannya dan saya tidak sabar untuk melihat pembangunannya dalam masa beberapa tahun akan datang.”

Setiap kami di City ingin mengucapkan tahniah kepada Gabriel atas penandatanganan kontrak barunya dan kami mengharapkan yang terbaik sepanjang keberadaannya di sini.

Berita Pasukan Utama

Bersant Celina sertai Swansea

Berita Pasukan Utama

City tandatangani Philippe Sandler

Galeri Foto

Para pemain pasukan utama kembali di CFA