quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Mahrez sedia untuk Community Shield

WEMBLEY DATE: Pep Guardiola is preparing for Sunday's Community Shield clash with Chelsea

WEMBLEY DATE: Pep Guardiola is preparing for Sunday's Community Shield clash with Chelsea

Pep Guardiola telah mengesahkan yang Riyad Mahrez dalam pemilihan ke Wembley, hari Ahad ini menentang Chelsea untuk kejuaraan Community Shield.

Mahrez terpaksa menamatkan permainan awal hujung minggu lalu dalam perlawanan terakhir pramusim jelajah Amerika Syarikat melawan Bayern Munich dengan hantukan di bahagian buku lalu.

Namun semasa sidang media hari Jumaat menjelang pertemuan dengan penyandang juara Piala FA, Pep mendedahkan yang pemain tengah serangan itu telah kembali berlatih dan cergas untuk pemilihan skuad.

Related image

“Mahrez dalam keadaan baik. Dia mengalami sedikit kesakitan tapi dia telah berlatih hari ini dan kelmarin, saya rasa dia boleh bermain Ahad ini,” ujar Guardiola.

Pengurus City turut mengumumkan yang beliau akan mempunyai skuad penuh sekali lagi selepas perlawanan Ahad ini.

Meskipun majoriti para pemain yang terlibat dalam Piala Dunia telah kembali berlatih, Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne masih berehat.

“Kevin dan Sterling tiada di sini tapi mereka akan kembali semula selepas perlawanan Ahad ini.

“Dari hari Isnin ini kami akan bersama semula dan memikirkan tentang apa yang perlu kami lakukan untuk mengekalkan tahap prestasi musim lalu.

Pengurus City turut mendedahkan betapa beliau tidak sabar untuk bertemu semula dengan pengurus baru Chelsea Maurizio Sarri yang mengambil alih jawatan Antonio Conte di Stamford Bridge selepas meninggalkan Napoli.

“Saya gembira yang dia di sini, di Liga Perdana Inggeris, saya akan banyak belajar untuk melihat pasukannya setiap hujung kminggu. Saya telah saksikan tiga perlawanan di bawah kendaliannya, pasukannya dalam masa singkat, bermain cara yang beliau inginkan.

“Saya fikir ia akan menjanjikan perlawanan menarik, Chelsea sentiasa merupakan satu pasukan pencabar hebat. Semasa Conte, dan Maurizio juga akan turut sama.

“Gaya permainan akan cukup sempurna untuk bola sepak Inggeris.”

* Perlawanan kejuaraan Community Shield menentang Chelsea akan berlangsung di Stadium Wembley pada hari Ahad, 5 Ogos jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Gabriel Jesus tandatangani lanjutan kontrak

Berita Pasukan Utama

Bersant Celina sertai Swansea

Berita Pasukan Utama

City tandatangani Philippe Sandler