quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bila undian peringkat kumpulan UCL?

CHAMPIONS LEAGUE DRAW: Who will City face in the 2018/19 group stage?

CHAMPIONS LEAGUE DRAW: Who will City face in the 2018/19 group stage?

Manchester City bersiap siaga untuk kempen kelapan Liga Juara-Juara Eropah buat kelab dan menanti nasib undian di peringkat kumpulan.

Kejuaraan bola sepak elit Eropah diteruskan pada bulan September dan berikut segala yang anda ingin tahu tentang undian peringkat kumpulan…

Bila dan di mana?

Undian peringkat kumpulan akan berlangsung pada hari Khamis, 30 Ogos di Grimaldi Forum, Monaco bermula jam 6 petang waktu tempatan bersamaan pukul 12 tengah malam waktu Malaysia.

Siaran langsung boleh diikuti di laman web rasmi UEFA atau ikuti perkembangan di akaun Twitter kami @ManCityMAS dan laman web rasmi my.mancity.com.

Image result for champions league man city draw

Balang manakah City diletakkan?

Juara untuk enam liga utama Eropah berdasarkan piawai ko-efisyen 2017 semuanya diletakkan dalam Balang (Pot) sama bersama-sama dengan juara bertahan kejuaraan musim lalu dan penyandang juara Liga Europa.

Sebanyak 26 pasukan diberi laluan langsung ke peringkat kumpulan di bawah sistem peraturan baru kejuaraan yang akan diiringi oleh enam pemenang perlawanan penentuan (paly-off) yang telah bermain pada 21/22 dan 28/29 Ogos.

Kelab-kelab ko-efisyen berdasarkan sama ada jumlah keseluruhan mata dalam tempoh lima tahun sebelumnya atau dengan piawai ko-efisyen kesatuan bola sepanjang tempoh sama – di mana lebih tinggi (di bawah sistem baru yang diperkenalkan untuk musim 2018/19 dan seterusnya).

Sebanyak 32 pasukan yang telah disahkan akan bersaing di peringkat kumpulan adalah seperti berikut:

Balang satu: Real Madrid, Atletico Madrid, Barcelona, Bayern Munich, Manchester City, Juventus, Paris Saint-Germain, Lokomotiv Moscow.

Balang dua: Borussia Dortmund, Porto, Manchester United, Shakhtar Donetsk, Benfica, Napoli, Tottenham Hotspur, Roma

Balang tiga: Liverpool, Schalke, Lyon, Monaco, CSKA Moscow, Ajax, PSV Eindhoven, Valencia 

Balang empat: Viktoria Plzen, Club Brugge, Galatasaray, Young Boys, Inter Milan, Hoffenheim, AEK Athens, Crvena zvezda

Tarikh-tarikh penting

18/19 September: Perlawanan pertama peringkat kumpulan

2/3 Oktober: Perlawanan kedua peringkat kumpulan

23/24 Oktober: Perlawanan ketiga peringkat kumpulan

6/7 November: Perlawanan keempat peringkat kumpulan

27/28 November: Perlawanan kelima peringkat kumpulan

11/12 Disember: Perlawanan keenam peringkat kumpulan

 

17 Disember: Undian pusingan ke-16 akhir

12/13 dan 19/20 Februari: Perlawanan pertama 16 akhir

5/6 dan 12/13 Mac: Perlawanan kedua 16 akhir

 

15 Mac: Undian suku akhir dan separuh akhir

9/10 April: Perlawanan pertama separuh akhir

16/17 April: Perlawanan kedua separuh akhir

30 April/1 Mei: Perlawanan pertama separuh akhir

7/8 Mei: Perlawanan kedua separuh akhir

 

1 Jun: Perlawanan akhir  (Estadio Metropolitana, Madrid)

Related image

Galeri Foto

CFA penuh meriah di Cityzens Sunday!

Berita Pasukan Utama

Pep: Setiap perlawanan kami bermain, kami belajar

Laporan Perlawanan

Gol debut Laporte bawa City kongsi mata di Wolves