quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bernardo: Rasa serasi kunci prestasi mantap

WHAT A HIT! Bernardo celebrates his goal

WHAT A HIT! Bernardo celebrates his goal

Bernardo Silva merasa yakin yang beliau menghampiri prestasi terbaiknya untuk Manchester City.

Pemain asal Portugal tersebut begitu menyerlah dalam kempen pertamanya bersama Blues, namun merasakan ketika itu masih cuba menyesuaikan diri dalam liga baru dan negara baru.

Selepas kembali dari rehat Piala Dunia, bekas pemain Monaco tersebut begitu bersemangat dan menyinar dalam tiga perlawanan pertama musim ini.

Beliau juga telah membuka akaun golnya dalam kemenangan 2-0 ke atas Arsenal dan berjanji banyak lagi yang akan hadir.

“Saya rasa lebih bagus dan telah serasi dalam pasukan.

“Saya rasa dalam musim kedua, ia lumrah untuk merasai lebih seperti rumah sendiri dan ia jelas dirasai oleh saya.

“Kami semua tahu banyak tugasan di hadapan dalam beberapa bulan ini tapi ia bagus dengan cara kita memulakan musim ini.

City akan bertandang ke Stadium Molineux Sabtu ini berhadapan pasukan kendalian Nuno Espirito Santo dan Bernardo akan berhadapan dengan muka-muka yang dikenalinya iaitu bekas rakan-rakan sepasukan Benfica; Ivan Cavaleiro, Helder Costa dan bekas rakan sepasukan Monaco, Ruben Vinagre.

Related image

Juga rakan-rakan senegara, Ruben Neves, Rui Patricio dan Joao Mountinho.

“Kita perlu teruskan cara yang telah dimulai.

“Kami telah bermain dengan bagus menentang Chelsea dalam Community Shield, kami juga bermain dengan hebat melawan Arsenal dan ia sudah tentu permulaan cemerlang di laman sendiri dengan kemenangan 6-1 ke atas Huddersfield. Ia sempurna.

“Kami amat gembira dan sementara kami sedar ia hanyalah permulaan, namun kami gembira dengan cara kami telah mulakan, dan kini kami mesti teruskannya menentang Wolves Sabtu ini, meskipun kami tahu ia perlawanan sukar kerana mereka ada ramai pemain berkualiti.”

* Perlawanan City melawan Wolverhampton Wanderes akan berlangsung di Stadium Molineux hari Sabtu, 25 Ogos jam 12.30 tengahari UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Aguero antara terbaik dunia

Laporan Perlawanan

Hatrik Agüero tumbangkan Huddersfield di Etihad

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan cari solusi ketiadaan De Bruyne