quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kita ingin saksikan penutup sempurna

PEP WATCH: The manager observes from the touchline.

PEP WATCH: The manager observes from the touchline.

Pep Guardiola berkata yang pasukannya berpeluang meraikan penutup sempurna kempen musim ini Ahad depan apabila menjulang piala kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan City 4-1 di laman West Ham bermakna mereka memerlukan hanya tiga lagi mata untuk memecah rekod baru Liga Perdana Inggeris yang berpeluang dilakukan semasa menghadapi Huddersfield nanti.

Guardiola telah menyaksikan pasukannya membenamkan tuan rumah the Hammers untuk mencatat rekod 100 gol terpantas dilakukan dalam sesuatu musim liga utama Inggeris semenjak musim 1931/32.

CHAMPIONS: The Premier League winners are given a guard of honour at the London Stadium.

Ia turut menyaksikan City menyamai rekod Chelsea dengan 30 kemenangan dalam satu musim, juga menyamai rekod 15 kemenangan di tempat lawan dalam satu musim.

“Saya amat gembira yang kami telah menjaringkan lebih banyak gol dan kini kami perlukan satu sahaja lagi gol untuk meraih jumlah mata terbanyak.

“Untuk melakukannya pada hari kami menerima piala Liga Perdana Inggeris di hadapan para penyokong kami sendii, oleh sebab itu kami begitu mahu memenangi perlawanan hari ini, untuk berpeluang meraih 96 mata di laman sendiri.”

Leroy Sane meledak gol pembuka sebelum gol sendiri dari legenda City, Pablo Zabaleta untuk gol kedua.

SPEEDSTER: Leroy Sané bursts past West Ham's Declan Rice.

Aaron Creswell mengurangkan defisit gol sebelum masa rehat namun semangat juang City yang tinggi menyaksikan mereka bangkit di babak kedua dengan Gabriel Jesus dan Fernandinho menambah gol masing-masing.

“Sebelum perlawanan kmi menjangkakan yang terbaik dari pasukan. Namun ia boleh jadi rumit. Kami pandang serius perlawanan ini. Tahap permainan sepuluh minit akhir separuh masa pertama amat bagus.

“Kami satu pasukan muda. Ia merupakan kali pertama bagi dua puluh pemain kami menjuarai Liga Perdana Inggeris ini. Hanya lima pemain yang pernah merangkul kejuaraan sama sebelum ini.

“Kami adalah satu pasukan baru di sini. Biasanya kejayaan pasukan-pasukan ada 10 atau 11 pemain yang telah menjuarai banyak kejuaraan di masa lalu atau berpengalaman memenangi banyak piala.

Image result for west ham 1-4 man city 29 april 2018

“Bagi kami sebagai para pegawai, ia merupakan kali pertama kebanyakan kami merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.”

City telah menghasilkan 12 gol dalam tiga perlawanan terakhir dan tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah selepas merangkul kejuaraan.

Pep berkata pasukannya sentiasa menetapkan sasaran-sasaran.

“Kami bermain sebagai juara dan ia sesuatu istimewa dari segi keyakinan.

“Namun pada yang sama, anda perlu letakkan sasaran di hadapan supaya anda bermain untuk mencapai sesuatu, dan ia bagus.”

Image result for west ham 1-4 man city 29 april 2018

City akan menjulang piala kejuaraan pada hari Ahad depan, 6 Mei seusai perlawanan menentang Huddersfield dan Guardiola menyuarai prospek.

Ketika ditanya pesiapan dirinya serta skuad nanti, katanya; “Kami akan bertemu tukang gunting rambut!”

“Kami tidak sabar menanti hari tersebut untuk meraikan bersama para peminat, kemudian semua para penyokong datang meraikan bersama-sama kami.

“Kami mahu bermain dengan bagus melawan Huddersfield dan cuba meraih tiga lagi mata terutama menerima piala bersama para peminat kami, orang kami. Ia amat berhak, tiada persoalan di situ.”

Laporan Perlawanan

City terus lakar rekod baru PL di Stadium London

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin sudahi musim ini dengan cemerlang

Berita Pasukan Utama

City bakal catat lebih banyak rekod baru EPL