quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola puji skuad City yang ‘luar biasa’

RESPECT: The two manager shake hands before kick-off

RESPECT: The two manager shake hands before kick-off

Pep Guardiole menyifatkan para pemainnya sebagai ‘luar biasa’ selepas kemenangan 3-1 di Tottenham untuk membawa kita selangkah lagi bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

City kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan – atau kekalahan pasukan di tangga kedua Manchester United kepada West Brom, atau keciciran mata kepada Bournemouth – selepas permainan cemerlang di Wembley yang menyaksikan dua kemenangan bergaya musim ini k eats pasukan kendalian Mauricio Pochettino.

Ia merupakan kemenangan berharga yang menamatkan tiga kekalahan berturut-turut pasukan, dan Guardiola tidak dapat membendung kegembiraannya.

“Selepas apa yang berlaku pada minggu ini, kami datang ke sini dan bermain lawan Tottenham di London, salah satu pasukan terbaik dengan salah seorang pengurus terbaik, dan bermain cara kami telah lakukan…selepas 15 minit, saya katakan kami akan menjadi juara,” ujar Guardiola.

“Para pemain ini amat hebat, mengagumkan – mereka luar biasa.

“Minggu lalu ia tidak adil - tapi kini kami berpeluang dan kami akan cuba dan menjadi juara.”

Seluruh mata kini tertumpu di Old Trafford untuk menyaksikan jika United keciciran mata menentang West Brom hari Ahad.

Image result for pep guardiola spurs 1-3 man city

Namun sekiranya mereka menang, ia bermakna peluang City seterusnya menjulang piala adalah pada hari Ahad depan, 22 April di laman sendiri.

Guardiola amat yakin akan kemenangan United dan mengatakan beliau akan menikmati bermain gol bersama rakan-rakan dan keluarga, dan mengatakan tidak sabar untuk berpeluang menjadi juara di hadapan para peminat sendiri minggu hadapan.

“Tidak, saya tidak akan menonton perlawanan United, saya akan bermain golf.

“Saya ada tiga hari cuti dan esok saya ada golf.

“Golf, anak saya dan rakan-rakan – esok adalah golf. Saya akan gembira tapi saya rasa United akan menang. Kami bergantung pada diri kami sendiri.

“Apa yang paling penting ialah dapat berpeluang untuk menang di tempat sendiri. Saya gembira diberi peluang untuk menjuarai liga di hadapan para peminat sendiri.”

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi bergelar juara

Ilkay Gabriel celebrate goal

Manchester City kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Spurs 3-1 di Wembley.

Previu Perlawanan

Misi bangkit semula di Wembley

Spurs v City EPL 2018

Manchester City menyasarkan untuk kembali di laluan kemenangan selepas melalui minggu yang perit dengan tiga kekalahan berturutan dengan menghadapi Tottenham Hotspur.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami perlu kekal tenang lawan Spurs