quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami ingin sudahi musim ini dengan cemerlang

PREVIEW: Pep Guardiola shares his thoughts ahead of Spurs v City.

PREVIEW: Pep Guardiola shares his thoughts ahead of Spurs v City.

Pep Guardiola mengumumkan ia satu ‘keseronokan' dengan Benjamin Mendy kembali bersama pasukan menjelang kunjungan ke West Ham United Ahad ini.

Pemain pertahanan kiri asal Perancis itu telah kembali beraksi buat pertama kali semenjak bulan September sebagai pemain gantian dalam kemenangan 5-0 ke atas Swansea, berikutan kecederaan ligamen lutut.

Dengan Mendy direhatkan begitu lama, bos City mengakui Piala Dunia musim panas ini mungkin terlalu awal buatnya, namun melahirkan rasa gembira kembali bermain untuk minggu-minggu terakhir bersama juara Liga Perdana Inggeris.

Related image

“Ia menyeronokkan melatihnya,” akui Guardiola kepada sidang media.

“Saya tidak boleh putuskan sama ada Piala Dunia datang terlalu awal buatnya, saya tidak tahu. Selepas enam hingga tujuh bulan, anda perlukan masa untuk otak, lutut dan segala kemahiran bola kembali semula.”

Guardiola turut memuji Pemain Muda Terbaik PFA musim ini, Leroy Sane, dengan menambah keterujaannya tentang potensi pemain sayap Jerman tersebut.

Image result for leroy sane PFA

“Saya rasa yang paling penting ialah konsisten semasa permainan, kualitinya sudah diperakui.

“Dia masih ada ruang diperbaiki untuk menjadi seorang pemain lebih bagus- dalam setiap sesi latihan, dia semakin bertambah bagus. Dia ada potensi besar.

“Leroy ada sasaran bagus untuk mengikutijejak langkah Ryan Giggs.”

Dengan gelaran juara sudah dalam genggaman, Guardiola berkata pasukannya kini dibakari semangat untuk terus memecah rekod-rekod baru.

“Jika angka-angka membantu kami untuk kekal fokus, ia cukup sempurna.

“Rekod-rekod akan dipecahkan. Jika anda memecah sesuatu rekod, lambat laun, ia akan dipecah juga. Rekod-rekod tidak kekal tapi ia membantu kami kekal fokus dengan apa yang perlu dilakukan.

“Bermain bola sepak dengan tanpa sebarang tujuan adalah kurang bijak – kadang-kadang, anda bermain dengan bermalasan.

“Kami ada empat perlawanan yang tinggal, kami mahu sudahi musim ini dengan cemerlang dengan mencuba memenangi kesemua perlawanan.”

*Perlawanan menentang West Ham United akan berlangsung pada hari Ahad, 29 April jam 2.15 petang waktu UK bersamaan pukul 9.15 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Berita Pasukan Utama

City bakal catat lebih banyak rekod baru EPL

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji aksi lima bintang City

PEP WATCH: The manager enjoyed his side's dominant first-half showing.

Pep Guardiola memuji keprofesionalan para pemain Manchester City selepas juara baharu liga tersebut mempamerkan permainan tanpa cacat dan cela menentang Swansea.

Laporan Perlawanan

City selaku juara EPL benamkan Swansea 5-0