quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola puji aksi lima bintang City

PEP WATCH: The manager enjoyed his side's dominant first-half showing.

PEP WATCH: The manager enjoyed his side's dominant first-half showing.

Pep Guardiola memuji keprofesionalan para pemain Manchester City selepas juara baharu liga tersebut mempamerkan permainan tanpa cacat dan cela menentang Swansea.

Bos City mengakui cabaran untuk mengekalkan fokus pasukannya selepas objektif musim ini tercapai dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris lebih awal.

Namun City kekal dengan prestasi cemerlang apabila menghasilkan lima gol berkualiti oleh David Silva, Raheem Sterling, Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan Gabriel Jesus.

“Perkara penting ialah persembahan permainan, kami telah bermain pada tahap sama seperti sepanjang musim ini.

“Swansea hanya kalah tiga dari 12 perlawanan di bawah bimbingan Carlos Carvalhal sebagai pengurus. Ia tidak mudah melawan mereka, kami telah menyerang dengan baik sekali.

“Ia seronok melihat para peminat kami terhibur dengan permainan. Kami mahu terus cuba dan bermain dengan bagus.

“Ia urusan tidak pernah selesai dalam bola sepak, anda perlu terus memperbaikinya. Menyasarkan rekod-rekod baru membantu para pemain kekal fokus. Liga Perdana Inggeris telah dijuarai, kini tinggal rekod-rekod baru. Statistik bagus bawa para pemain kekal fokus.

“Ia sentiasa berlaku fokus anda pudar selepas menjadi juara awal. Namun dari mula kami telah lihat mereka (para pemain) tetap fokus. Mereka telah lakukan pemanasan badan dengan hebat untuk menunjukkan semangat mereka.

“Kini yang penting ialah menyudahi musim ini dengan perasaan indah untuk para peminat kami. Sekarang kami ada dua hari cuti, kemudian kami akan bersiap untuk melawan West Ham. Kami mahu habiskan musim ini dengan cara yang bagus, terutama di laman sendiri.”

Guardiola turut menyampaikan ucapan terima kasih khas kepada para peminat, yang telah menciptakan suasana berpesta di dalam Stadium Etihad di bawah sinaran mentari, petang Ahad.

“Para peminat telah memberi reaksi hebat dan ia amat bermakna buat kami. Kami adalah satu pasukan yang jujur dan rendah hati dari segi cara kami bermain dan bagaimana kami menekan.

“Ramai orang menyedarinya dan oleh sebab itu kami rapat. Para peminat telah menyaksikan satu persembahan permainan menghiburkan.

“Bila kami bermain dengan bagus kami menjadi bertambah intim. Bertambah bagus prestasi permainan, bertambah rapat kami dengan para peminat.”

Gol terbaik perlawanan mungkin gol dari tendangan padu De Bruyne yang masuk dari sudut penjuru gawang.

Pemain tengah Belgium itu dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA pada majlis malam Isnin. Namun walau apa pun keputusan undian, beliau tetap menjadi pemain pilihan Guardiola.

“Pada pandangan saya tiada pemain lebih bagus darinya dari segi konsisten untuk setiap tiga hari dalam semua kejuaraan musim ini.

“Mungkin ada para pemain lain lebih bagus darinya dari segi catatan nombor (gol). Tapi pada musim ini beliau yang terbaik. Ini pendapat saya, pandangan mereka yang mengndi mungkin berbeza.

“Pada akhirnya, kami akan berada di rumah musim panas ini (berehat) dan tetap juara.”

Guardiola turut menambah yang John Stones kekal direhatkan selepas mengalami kecederaan tendon kaki tapi berpeluang untuk kembali beraksi dalam perlawanan terakhir musim ini.

Laporan Perlawanan

City selaku juara EPL benamkan Swansea 5-0

Berita Pasukan Utama

Pep: Pecah rekod baru jadi motivasi pasukan kini

Galeri Foto

Liga Perdana Inggeris 2017/18 milik City!