quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City terima empat pencalonan anugerah EPL

​UNSTOPPABLE: What a side we have here.

​UNSTOPPABLE: What a side we have here.

Pep Guardiola, David Silva, Gabriel Jesus dan Bernardo Silva kesemuanya dicalonkan untuk anugerah Liga Perdana Inggeris bulan Mac.

Pengurus Terbaik

Dengan empat kemenangan dari empat perlawanan Liga sepanjang bulan lalu, Guardiola disenaraikan sebagai calon untuk anugerah Pengurus Terbaik bersaing tiga calon lagi iaitu Sean Dyche (Burnley), Claude Puel (Leicster City) dan Jose Mourinho (Man United).

Pep berjaya membawa pasukan mengalahkan Arsenal, Chelsea, Stoke City dan Everton.

Image result for pep guardiola celebrate arsenal v city 2018 emirates

Ia merupakan pencalonan kali keenam musim ini dan sekiranya menang Pep akan memecah rekod baru liga setelah meraihnya lima kali musim ini.

Undi bos Manchester City di pautan ini.

Pemain Terbaik

Sementara itu David Silva mencatat permainan cemerlang sepanjang bulan lalu dengan tiga gol dan beberapa bantuan jaringan termasuk dua bantuan gol dalam kemenangan 3-1 di Everton.

Image result for david silva everton 1-3 man city

Silva bersaing dengan Song Heung-Min (Spurs), Romelu Lukaku (Man United), Mohamed Salah (Liverpool), Cenk Tosun (Everton) dan Chris Wood (Burnley).

Undi El Mago di pautan ini.

Gol Terbaik

Manakala dua gol pemain City tercalon kali ini iaitu gol Bernardo Silva menentang Arsenal di Stadium Emirates dan gol Gabriel Jesus melawan Everton di Goodison Park.

Image result for gabriel jesus everton 1-3 man city

Kedua-dua mereka bersaing dengan gol dihasilkan Riyad Mahrez (Leicester vs Bournemouth), Nemanja Matic (Palace vs Man United), Marcus Rashford (Man United vs Liverpool), Jamie Vardy (West Brom vs Leicester), Junior Stanislas (Bournemouth vs West Brom) dan Ashley Barnes (West Brom vs Burnley).

Image result for bernardo silva arsenal v man city emirates 2018

Undi gol kedua-dua pemain kita di pautan ini.

Semoga berjaya buat Blues yang tercalon!

 

 

 

Laporan Perlawanan

City kecundang suku akhir pertama UCL di Anfield

Previu Perlawanan

Misi tawan Anfield di pentas Eropah

Berita Pasukan Utama

Pep: Saya takkan ubah cara bermain lawan Liverpool