quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami perlu kekal fokus walau hampir juara

Pep Presser v Man Utd EPL 2018

Pep Presser v Man Utd EPL 2018

Sergio Aguero akan menjalani ujian kecergasan semasa sesi latihan petang Jumaat untuk menentukan sama ada dapat beraksi lawan Manchester United, hari Sabtu.

Penyerang Argentina itu direhatkan hampir sebulan dengan kecederaan lutut selepas kemenangan 1-0 ke ats Chelsea, awal Mac lalu.

Pep Guardiola berkata Kun akan diperiksa oleh para pegawai kesihatan Kelab sebelum memutuskan tentang penglibatannya dalam perlawanan menentang United.

Image result for aguero knee injury 2018

“saya tidak tahu sekarang [sama ada Aguero akan dapat bermain nanti], kami ada sesi latihan petang nanti dan kami akan lihat kondisi fizikalnya.”

Kemenangan ke atas United akan menjamin gelaran juara Liga Perdana Inggeris ketiga buat City dalam masa tujuh musim – dengan baki enam perlawanan menjadikan yang terpantas dalam sejarah liga utama Inggeris.

Ia merupakan perlawanan yang dinanti-nantikan buat para peminat City dan suasana dalam Stadium Etihad dijangka meriah.

Namun Guardiola menyeru para pemainnya supaya kekal fokus dan mengatakan bermain menentang United tidak ada kaitan.

Related image

“Ia hanyalah satu lagi perlawanan, United bertahan berbeza dari Liverpool. Kami akan cuba bermain cara sama sebagaimana dilakukan sepanjang musim ini.

“Sehingga kini musim kami begitu cemerlang.

“Ia hampir selesai. Ia seperti Liverpool – hampir selesai. Kami kian hampir menjadi juara.

“Ia berkebetulan dengan derbi Manchester tapi tidak menjadi masalah. Kami hanya perlu kekal fokus dengan apa yang harus dilakukan untuk memenangi perlawanan itu nanti.

“Saya amat gembita dengan apa yang telah kami lakukan sehingga kini. Kami bermain dengan personaliti besar. Saya tahu betapa sukarnya bermain di Anfield… di babak kedua kami amat bagus. Meskipun dalam saat-saat tidak baik.”

* Perlawanan menentang Manchester United akan berlangsung di Stadium Etihad, hari Sabtu, 7 April jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 tengah malam/pagi Ahad waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

City terima empat pencalonan anugerah EPL

Laporan Perlawanan

City kecundang suku akhir pertama UCL di Anfield

Previu Perlawanan

Misi tawan Anfield di pentas Eropah