quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami akan bangkit dari kekalahan ini

ON TO THE NEXT ONE: Pep Guardiola applauds the home support.

ON TO THE NEXT ONE: Pep Guardiola applauds the home support.

Bos Manchester City, Pep Guardiola percaya permainan pasukannya dalam kedua-dua kotak penalti membawa kepada kekalahan pedih kepada Manchester United.

Citizens mendahului babak pertama dengan gol pembuka Vincent Kompay dan Ilkay Gundogan dan kelihatan hampir merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih awal musim ini.

City meraih beberapa peluang baik untuk menambah gol seterusnya namun ia tidak berhasil dan membawa mereka dihukum.

United bangkit di babak kedua dengan dua gol Paul Pogba dan satu gol Chris Smalling untuk mengaut kesemua tiga mata.

Image result for man city 2 3 man utd 7 april 2018

Guardiola berkata: “Kami melalui satu perlawanan menghiburkan secara keseluruhan, terutama di separuh masa pertama. Namun prestasi kotak ke kotak, pada tahap tersebut, dalam kejuaraan ini, menentang pencabar terdekat kurang memuaskan.

“Jadi bila anda dihidangkan peluang-peluang anda dapat menjaringkan dua gol dan mampu menghasilkan tiga gol. Sudah tentu anda sentiasa melalui detik-detik buruk, dan kami melaluinya dalam dua perlawanan terakhir.

“Setiap kali mereka tba mereka jaringkan satu gol. Bila ini berlaku ia begitu sukar untuk memenangi perlawanan. Kami telah mencipta cukup peluang untuk menghasilkan lebih banyak gol. Tahniah buat United.  Kini kami cuba bangkit sekali lagi dan fokus pada perlawanan hari Selasa.”

Image result for man city 2 3 man utd 7 april 2018 pep guardiola

City terpaksa melalui minggu ‘menyuramkan’, namun masih berpeluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan jarak 13 mata di puncak dan baki enam perlawanan.

Hanya sedikit masa untuk bersedih dengan kekalahan apabila hanya dua hari lagi City akan menghadapi semula Liverpool dalam perlawanan kedua suku akhir pada hari Selasa untuk mengatasi defisit 3-0 dari perlawanan pertama.

“Kami merupakan pasukan yang paling sedikit terbolos gol dan statistik lain mengatakan paling sedikit terbolos sepanjang musim. Apabila anda sampai di tahap ini dalam perlawanan-perlawanan penting anda perlu mantap.

Image result for liverpool 3-0 man city pep guardiola

“Di Anfield, dua kali mereka tiba dan semasa 27 minit pertama mereka berjaya jaringkan dua gol. Masalah di Anfield ialah kami tidak mencipta peluang-peluang secukupnya untuk menghukum mereka, tapi mereka tidak banyak melakukannya di babak kedua.

“Hari ini United tidak berjaya melakukan tendangan yang tepat sasaran pada separuh masa pertama dan di separuh masa kedua mereka tiba dua kali dan jaringkan dua gol.”

“Ramai orang mengatakan semenjak bulan November dan Disember yang Liga Perdana Inggeris sudah selesai, tapi ia perjuangan yang sukar untuk terus fokus setiap hujung minggu.

“Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, ia merupakan kali pertama kami kalah dua perlawanan berturut-turut musim ini dan kini kami perlu pulih segera dan mencuba lagi, kembali pada asas permainan dan memenangi perlawanan-perlawanan.

“Kami akan mencubanya pada hari Selasa ini dan perlawanan-perlawanan seterusnya.”

Laporan Perlawanan

United 'kacau' pesta awal kejuaraan liga City

CLOSE: Sergio Agüero went close to scoring his 200th City goal, but was denied by David De Gea.

Manchester City melepaskan peluang kemenangan dua jaringan gol pendahuluan di babak pertama sebelum kalah 3-2 kepada Manchester United dalam perlawanan derbi Manchester ke-176 yang penuh sengit dan dramatik.

Previu Perlawanan

Derbi istimewa peluang City diangkat juara

Manchester Derby 176th

Manchester City menerima kunjungan Manchester United untuk derbi ke-176 dengan peluang untuk menjamin kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Blues paling cepat dalam sejarah liga.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu kekal fokus walau hampir juara