quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami telah berikan segalanya

Pep Guardiola merayakan gol cepat Gabriel Jesus.

Pep Guardiola merayakan gol cepat Gabriel Jesus.

Pep Guardiola berkata yang pasukannya tidak boleh kesal meskipun terkeluar dari Liga Juara-Juara Eropah dengan kekalahan agregat 1-5 kepada Liverpool.

Citizens terpaksa menggalas bebanan berat selepas tewas 3-0 di perlawanan pertama suku akhir di Anfield namun memulakan perlawanan kedua dengan meyakinkan selepas gol pembuka Gabriel Jesus hanya di minit kedua.

City sepatutnya mendahului dua gol di minit akhir babak pertama melalui jaringan Leroy Sane namun dibatalkan pengadil atas dakwaan ofsaid yang menimbulkan kontroversi.

Image result for man city 1-2 liverpool champions league sane

Liverpool kemudian menjaringkan dua gol di separuh masa kedua untuk menamatkan kempen City di pentas Eropah musim ini.

Pengurus percaya yang pasukannya tidak dapat lakukan lebih dari yang mereka mampu selepas permainan cemerlang di babak pertama.

“Saya tak rasa kesal.

“Kami telah bermula dengan bagus di Anfield tapi terbolos dua gol akhir dan hari ini pasa separuh masa pertama kami telah lakukan segalanya dengan betul, kami mengambil banyak risiko dengan tiga pemain pertahanan dan ramai pemain di barisan hadapan.

Image result for leroy sane goal man city 1-2 liverpool champions league

“Kami telah cipta banyak peluang, namun ia tidak mudah dengan sepuluh pemain mereka bertahan. Kami mengawal dengan sempurna serangan balas mereka selain dari terlepas aksi Oxlade-Chamberlain.

“Untuk menggantikan tiga gol yang terbolos awal tidak mudah. Kami dapat jaringkan satu gol tapi kami tak berupaya hasilkan lebih lagi. Kami telah dikalahkan oleh satu pasukan yang hebat.

“Musim lalu ia di peringkat 16 akhir, musim ini suku akhir, diharap musim depan kami boleh ke semifinal.”

Tersingkirnya City dari kejuaraan Eropah hadir selepas kalah 3-2 kepada Manchester United, Sabtu lalu namun Guardiola menegaskan yang rekod luar biasa pasukannya sepanjang musim ini tidak sepatutnya dibayangi oleh rekod buruk seminggu ini.

Image result for leroy sane goal man city 1-2 liverpool champions league

“Kita tak boleh bandingkan dengan apa yang telah kami lakukan dalam Liga Perdana apabila kami di sini.

“Kami sudah tentu inginkan menjuarai Liga Perdana dalam perlawanan terakhir [lawan Manchester United] dan ia merupakan impian kami untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

“Tapi kita perlu meneliti dan berfikir apa yang kami boleh lakukan lebih baik musim depan.

“Sepanjang tempoh 11 bulan ada turun dan naik. Saya hari ini bersama dengan Pengerusi kelab. Saya lihat bahasa badan para pemain saya. Anda takkan jumpa satu pasukan yang boleh kekalkan momentum sama, rentak sama, kelajuan sama dengan jumlah perlawanan begitu banyak. Ia hampir mustahil.

Image result for leroy sane goal man city 1-2 liverpool champions league

“Kami telah kalah lawan Liverpool, menentang United, diikuti Liverpool lagi. Saya perlu mengkaji apa yang telah kami lakukan sepanjang 10 bulan lalu dan saya rasa ia agak bagus.”

City kini beralih tumpuan untuk menjamin kejuaraan Liga Perdana dengan kini memerlukan lima mata untuk mengesahkan piala musim ini jadi milik mereka.

Guardiola dan anak-anak buahnya akan bertandang di Stadium Wembley bertemu Spurs hari Sabtu ini sebelum berkunjung ke Swansea, sebelum menentang West Ham di London Stadium.

Pengurus berkata yang pasukannya tidak akan bersedih lama kerana tugasan berat masih menanti.

Image result for man city 1-2 liverpool champions league

“Sekarang masanya untuk pulih.

“Selepas Tottenham kami ada masa seminggu sebelum ke Swansea, kemudian seminggu pula sebelum ke West Ham dimana kami boleh memenangi dua perlawanan untuk diperlukan bagi menjuarai kejohanan yang paling penting.

“Liga Perdana Inggeris menunjukkan betapa bagusnya anda dengan bermain setiap tiga hari sekali.”

Laporan Perlawanan

City tersingkir dari UCL kalah kepada Liverpool

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu bermain ‘sempurna’ lawan Liverpool

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan bangkit dari kekalahan ini