quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City juara Liga Perdana Inggeris!

Man City Champions EPL 2017 18

Man City Champions EPL 2017 18

Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris 2017/18!

Kemenangan ke atas Tottenham Hotspur di Wembley digabung kekalahan Manchester United kepada West Brom di Old Trafford bermakna City kini tidak dapat disanggah menduduki tempat teratas carta liga.

Pemecahan rekod, jaringan gol, pertarungan dan permainan yang mengagumkan – Pep Guardiola telah membawa pasukan melalui kempen yang penuh cemerlang, meletak piawai baru dalam bola sepak Inggeris.

Kejuaraan kali ini bukan diraih di minit-minit akhir sebagaimana tahun 2012, atau drama lewat musim tahun 2014, tapi ia lebih tenang dan lebih pantas diraih sebelum musim berakhir.

Dengan rekod 18 kemenangan berturut-turut bermula dari bulan Ogos hingga ke ambang Tahun Baru, telah menyaksikan City meninggalkan jauh pasukan-pasukan pencabar lain dan memahat kukuh kedudukan di puncak.

Dengan merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali ini, City menyamai rekod paling cepat dengan baki lima perlawanan yang dipegang oleh Man United semenjak tahun 2001.

City kini merupakan kelab ketiga yang berjaya mengalahkan kesemua pasukan lawan dalam satu saingan Liga Perdana Inggeris, selepas ia dilakukan oleh Chelsea pada musim 2005/06 dan Man United pada musim 2010/11.

Citizens kini mengumpul 87 mata keseluruhan dengan baki 5 perlawanan untuk diangkat sebagai juara liga utama Inggeris buat kali kelima dalam sejarah Kelab.

Pencapaian yang pernah dilakukan pada musim 1936/37, 1967/68, 2011/12 dan 2013/14.

Satu lagi aspek yang mengujakan ialah pencapaian kali ini dengan skuad yang lebih remaja dimana purata umur para pemain di awal 20an. Tiga pemain City dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik Tahun 2018 PFA -Ederson , Raheem Sterling dan Leroy Sane - adalah bukti kenyataan ini.

Dengan Piala Liga (Carabao Cup) dan Liga Perdana Inggeris 2017/18 kini sudah terjamin, di sini harapan ramai pihak untuk lebih lagi kejuaraan dirangkul oleh pasukan pemain ini!

Berita Pasukan Utama

Lima pemain City calon anugerah PFA 2018

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji skuad City yang ‘luar biasa’

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi bergelar juara

Ilkay Gabriel celebrate goal

Manchester City kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Spurs 3-1 di Wembley.