quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City bakal catat lebih banyak rekod baru EPL

Manchester City bakal terus memecah rekod baru ke akhir musim meskipun sudah merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih awal bagi musim 2017/18.

Dengan baki 4 lagi perlawanan liga iaitu bertemu West Ham United, Huddersfield, Brighton dan Southampton, berikut adalah rekod yang sudah dipecahi dan bakal dipecah oleh pasukan Pep Guardiola musim ini…

Meraih kejuaraan paling awal: City telah menyamai rekod yang dicatatkan oleh Manchester United (1907/08) dan Everton (1984/85) dengan menjuarai liga utama Inggeris dengan baki lima perlawanan.

Kemenangan berterusan paling banyak: City telah memecah rekod baru di awal musim dengan memenangi 18 perlawanan berturut-turut semenjak kemenangan di Bournemouth sehingga kemenangan 1-0 di Newcastle United.

Kemenangan di laman lawan berterusan paling banyak: City menyamai rekodnya sendiri dengan 11 kemenangan di tempat lawan berturut-turut bermla di Newcastle sehinggalah ia dileburkan Crystal Palace apabila seri 0-0.

Kemenangan terbanyak: Dengan 29 kemenangan sehingga kini, City memerlukan hanya dua lagi kemenangan dari lima baki perlawaan untuk mengatasi rekod Chelsea iaitu 30 kemenangan liga dalam satu musim.

Kemenangan dengan jurang tertinggi: City kini masih dengan jarak 16 mata dari pencabar terdekat, Manchester United. Rekod ini masih dipegang oleh kelab jiran tersebut dengan 18 mata.

Kemenangan terbanyak di tempat lawan: City telah memenangi 14 perlawanan di laman lawan musim ini dan dengan masih ada dua perlawanan lagi di stadium lawan. Dengan memenangi kedua-dua perlawanan ini, City berpeluang mengatasi rekod Chelsea, 15 perlawanan.

Perbezaan gol terbanyak: City sudah memecah rekod dicatat Chelsea, +71 dengan kini sudah mencapai angka +73 perbezaan gol.

Jumlah gol keseluruhan terbanyak: Chelsea masih memegang rekod 103 gol Liga Perdana Inggeris dalam sesuatu musim namun dengan jumlah 98 gol kini, City hanya memerlukan lima gol sahaja lagi untuk menyamai rekod tersebut dan dijangkakan akan mencatat rekod baru.

Gol terbanyak di tempat sendiri: City perlu bekerja keras untuk menyamai rekod dicatat Chelsea iaitu 68 gol. Sehingga kini pasukan Pep Guardiola menghasilkan 58 gol di laman sendiri, jadi City memerlukan 10 gol dari baki tiga perlawanan di Stadium Etihad.

Jumlah mata keseluruhan terbanyak: Satu lagi rekod dipegang oleh Chelsea, City kini mengumpul 90 mata dan memerlukan 5 mata sahaja lagi dari 12 mata yang boleh diraih untuk menyamai rekod Chelsea (2004/05) iaitu 95 mata.

Jumlah hantaran terbanyak:  City telah memecah rekod Chelsea awal bulan ini apabila Ilkay Gundogan melakukan 167 hantaran berjaya dan 181 sentuhan dalam perlawanan sama.

Posesi bola di tempat lawan: City turut memecah rekod Liga Perdana dengan mencatat 82.13% penguasaan bola semasa menentang Everton iaitu kadar tertinggi oleh mana-mana pasukan semasa beraksi di laman lawan.

Terbaik musim ini: Kevin De Bruyne sehingga kini menjadi pembantu jaringan gol terbanyak dengan 15 bantuan, manakala Nicolas Otamendi di kedudukan teratas melakukan hantaran terbanyak sepanjang musim dengan 2,902 hantaran, sementara Ederson hanya kurang dua dari David de Gea mencatat perlawanan tanpa bolos (15).

Image result for man city champions 2017/18

Selain itu, City turut mencapai beberapa rekod kelab dan rekod lain sepanjang musim ini..

Kemenangan berturut-turut laman lawan (11): Dicatat antara bulan Mei hingga Disember 2017.

Gol terbanyak sepanjang zaman: Sergio Aguero memecah rekod baru kelab sebelum ini (177) oleh Eric Brook (1927-40) dengan menghasilkan 199 gol hingga kini (2011-).

Pengurus Terbaik: Pep Guardiola menjadi pengurus pertama memenangi anugerah pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana buat empat bulan berturut-turut.

Kelab 50: Guardiola menjadi pengurus kedua paling cepat meraih 50 kemenangan perlawanan Liga Perdana selepas 69 perlawanan, sementara Jose Mourinho paling cepat (50 kemenangan selepas 63 perlawanan).

Kalahkan lawan: City merupakan pasukan ke-10 yang berjaya mengalahkan kesemua 19 pasukan lawan dalam liga utama Inggeris dalam sesuatu musim dan yang pertama berjaya melakukannya semenjak musim 2010/11.

Gol terbanyak dalam satu musim: Untuk memecah rekod gol terbanyak dihasilkan oleh kelab liga utama Inggeris dalam semua kejuaraan dalam satu musim, City perlu menghasilkan 25 gol lagi untuk mengatasi rekod City sendiri iaitu 156 gol yang dicatat pada musim 2013/14. Ia kelihatan mustahil dicapai dengan hanya empat sahaja lagi perlawanan.

Gol Liga Juara-Juara Eropah: City mencapai angkai gol ke-100 kejuaraan elit Eropah selepas Gabriel Jesus menghasilkannya ketika menentang FC Basel.

Kemenangan terbanyak liga di laman lawan: City mencatat rekod baru kelab dengan 14 kemenangan di tempat lawan dalam Liga Perdana Inggeris.

Jumlah bantuan terbanyak: Trio City, Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan David Silva telah mencapai angka dua digit untuk jumlah bantuan gol dengan menyumbangkan 38 bantuan jaringan keseluruhan. Hanya Liverpool (1995-96) dan Arsenal (2004-05) menyamai angka tersebut dengan Raheem Sterling mencatat 8 bantuan gol, menjadikan empat bintang City hampir mencapai angka dua digit untuk bantuan jaringan gol.

Calon anugerah PFA: Buat pertama kali City diwakili tiga calon yang disenaraipendek untuk anugerah Pemain Terbaik iaitu De Bruyne, Silva dan Sane. Manakala tiga pencalonan untuk Pemain Muda Terbaik; Sane, Ederson dan Sterling yang dimenangi oleh Leroy Sane.

 

 

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji aksi lima bintang City

PEP WATCH: The manager enjoyed his side's dominant first-half showing.

Pep Guardiola memuji keprofesionalan para pemain Manchester City selepas juara baharu liga tersebut mempamerkan permainan tanpa cacat dan cela menentang Swansea.

Laporan Perlawanan

City selaku juara EPL benamkan Swansea 5-0

Berita Pasukan Utama

Pep: Pecah rekod baru jadi motivasi pasukan kini