quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Pecah rekod baru jadi motivasi pasukan kini

PREVIEW: Pep's pre-Swansea press conference.

PREVIEW: Pep's pre-Swansea press conference.

Manchester City yang telah disahkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris minggu lalu kini memberi fokus memecah rekod-rekod baru dalam baki lima perlawanan ke akhir musim.

Pasukan Pep Guardiola yang dimahkotakan sebagai juara England musim ini selepas kekakalahan Manchester United kepada West Brom, Ahad lalu di Old Trafford kini menjadikan usaha melakar rekod-rekod baru sebagai motivasi kepada para pemain dalam minggu-minggu terakhir musim ini.

Ia merupakan situasi yang pernah dilalui Guardiola semasa menjadi pengurus kepada Barcelona dan Bayern Munich.

Bos City mengakui ketika itu beliau bergelut untuk mengekalkan tumpuan para pemainnya, namun dengan City masih di laluan untuk mencatat rekod-rekod baru termasuk jumlah mata terbanyak, jumlah gol terbanyak dan jurang mata terbanyak, beliau percaya ia memberi insentiv diperkukan untuk mengekalkan pasukannya dengan semangat tinggi ke akhir musim.

“Di masa lalu ketika saya menjuarai liga dengan baki lima, enam, tujuh perlawanan sebelum akhir musim, perlawanan-perlawanan seterusnya tidak cukup bagus dan kami tidak dapat mengekalkan prestasi sama.

“Namun ia perkara bagus dengan meneruskannya iaitu rekod-rekod baru. Perkara penting ialah menjuarainya tapi mungkin rekod-rekod baru dapat membantu kami kekal fokus menentang pasukan-pasukan yang bertarung mengelak dari tersingkir.

Image result for pep guardiola training 2018

“Oleh sebab itu ia sesuatu indah mengakhirinya dengan pengakhiran yang bagus. Ia tentu kurang selesa menamatkannya dengan cara buruk.

“Masih banyak perlawanan untuk dimainkan, dan kami perlu hormati lima pasukan lawan, namun setiap ahli sukan perlukan sasaran.

Sementara itu Pep turut mengkhabarkan tentang berita Sergio Aguero yang terpaksa melupakan musim ini selepas menjalani pembedahan lutut awal minggu ini.

Kun mengalami kecederaan semasa sesi latihan semasa rehat antarabangsa lalu dan kembali bermain semasa kekalahan kepada Manchester United dua minggu lalu namun mengalami kecederaan sekali lagi selepas diterjah keras Ashley Young.

Related image

Penyerang Argentina itu berada di Barcelona untuk proses pemulihan dan kini menyasarkan untuk kembali beraksi buat pasukan negaranya di Piala Dunia di Russia yang akan bermula Jun ini.

“Aguero tidak dapat bermain empat hingga lima minggu. Kami akan cuba mempersiapkan dirinya untuk Piala Dunia.”

* Perlawanan menentang Swansea akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Ahad, 22 April jam 4.30 petang UK bersamaan pukul 11.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Galeri Foto

Liga Perdana Inggeris 2017/18 milik City!

Berita Pasukan Utama

City juara Liga Perdana Inggeris!

Berita Pasukan Utama

Lima pemain City calon anugerah PFA 2018