quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami perlu bermain ‘sempurna’ lawan Liverpool

Pep Guardiola vs Liverpool 2nd Leg Quarter Finals UCL

Pep Guardiola vs Liverpool 2nd Leg Quarter Finals UCL

Pep Guardiola percaya Manchester City akan harus bermain ‘permainan sempurna’ untuk mara ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah.

City akan turun menerima kunjungan Liverpool hari Selasa di perlawanan kedua suku akhir kejuaraan elit Eropah dengan defisit tiga gol dan tanpa kelebihan sebarang gol di tempat lawan selepas ditewaskan pasukan Jurgen Klopp 3-0 di Anfield, lima hari lalu.

Image result for liverpool 3-0 man city ucl

Namun Guardiola menegaskan yang City akan melakukan apa sahaja untuk mara seterusnya selepas memperlihatkan kualiti serangan mereka sepanjang musim ini.

“Sudah tentu, untuk mara seterusnya anda perlu hampir bermain sempurna – mencipta banyak peluang, klinikal dan hanya terlepas beberapa peluang.

“Semua kondisi ini perlu sempurna untuk layak seterusnya.

“Tapi anda ada 90 minit lagi dan dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Kami akan cuba dan sama-sama kita lihat nanti.

“Kami perlu menjaringkan gol pertama, kemudian terus mencari gol kedua. Kita akan lihat. Kami perlukan momentum.

“Kami perlu fokus dengan apa yang kami lakukan. Jika kami terbolos satu gol, jangan cepat mengalah.

Image result for liverpool 3-0 man city ucl pep

“Kami telah lakukannya banyak kali, dalam masa singkat kami boleh mencipta banyak peluang dan selepas itu anda perlu klinikal. Jika kami tidak klinikal pada permulan, baik, lakukan seterusnya, dan seterusnya.”

City mengalami minggu yang buruk, dengan kalah 3-2 dalam derbi Manchester selepas tewas 3-0 di Anfield dalam perlawanan pertama suku akhir kejuaraan Eropah.

Ia merupakan pertama kali dalam musim ini, City kalah dua kali berturut-turut, memberi lebih penting perlawanan malam Rabu ini.

Namun Guardiola berkata yang beliau gembira dengan para pemainnya, terutamanya dengan cara mereka terus mencari peluang menjaringkan gol selepas ditinggalkan United dalam perlawanan terakhir.

“Untuk berjaya ke separuh akhir buat kali kedua ia akan jadi sejarah indah kelab kami, saya tidak perlu membicarkan tentang betapa indahnya ia.

" Kami perlu merangkul kejuaraan di Eropah, dimana ia sukar, tapi untuk melakukannya orang ramai perlu faham. Mengalahkan Barcelona musim lalu istimewa kerana mereka antara pasukan terbaik dunia, lambat laun ia akan berlaku.

"Mungkin tidak esok tapi kelab ini telah lakukan banyak perkara semenjak sepuluh tahun ini, segala fasiliti, keinginan untuk menjadikannya ia berlaku, ia akan berlaku. Jika tidak musim ini, mungkin musim seterusnya, tapi lambat laun ia akan berlaku.

CLOSE: Sergio Agüero sees his headed effort saved by David De Gea.

“Para pemain telah tunjukkan dalam setiap perlawanan apa yang mereka ingin lakukan. Saya tahu anda hanya menilai keputusan perlawanan, tapi persembahan permainan? Pasukan saya luar biasa, Menakjubkan.

“Ia satu keseronokan menjadi pengurus pasukan ini, saya amat berbesar hati.

“Selepas gol-gol menentang United, kami masih mencipta banyak peluang. Saya amat gembira kalah dengan cara yang telah kami lakukan.

“Saya tidak mahu kalah, dan kami merasa sedih kerana kami mahu jadi juara. Tapi cara kami telah bermain, malah ketika kalah 3-2, ia amat hebat.

“Saya sungguh gembira. Saya tidak boleh ulas lebih lanjut tentangnya.”

* Perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, antara Manchester City dengan Liverpool akan berlangsung di Stadium Etihad hari Selasa 10 April jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Rabu 11 April waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan bangkit dari kekalahan ini

Laporan Perlawanan

United 'kacau' pesta awal kejuaraan liga City

CLOSE: Sergio Agüero went close to scoring his 200th City goal, but was denied by David De Gea.

Manchester City melepaskan peluang kemenangan dua jaringan gol pendahuluan di babak pertama sebelum kalah 3-2 kepada Manchester United dalam perlawanan derbi Manchester ke-176 yang penuh sengit dan dramatik.

Previu Perlawanan

Derbi istimewa peluang City diangkat juara

Manchester Derby 176th

Manchester City menerima kunjungan Manchester United untuk derbi ke-176 dengan peluang untuk menjamin kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Blues paling cepat dalam sejarah liga.