quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami perlu kekal tenang lawan Spurs

Pep Presser v Spurs Wembley

Pep Presser v Spurs Wembley

Manchester City akan bertandang di Wembley hari Sabtu ini melawan Tonttenham Hotspur tanpa Sergio Aguero.

Penyerang Argentina itu kembali beraksi menentang Manchester United namun mengalami kecederaan dari terjahan keras Ashley Young dan hanya dapat bermain 25 minit terakhir di suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool.

Pep Guardiola berkata yang Aguero tidak dalam pemilihan skuad melawan Spurs dan dengan tanpa John Stones dan Benjamin Mendy yang masih direhatkan akibat cedera, manakala Fernandinho digantung permainan, ia meninggalkan bos City amat terhad pemilihan pemain.

Image result for man city 2-3 man united aguero 2018

“Aguero cededera, dia telah cedera sebelum perlawanan menentang Liverpool tapi cuba membantu kami. Oleh sebab itu dia tidak dapat bermain dari awal perlawanan. Dia tidak bersedia.

“Saya tidak tahu bila dia akan kembali. Anda tidak boleh lupa yang beliau cedera dan telah berusaha keras kerana dari aksi Ashley Young semasa lawan United, masalah di lututnya.

“Dia telah bermain 12-20 minit dan selepas beliau memaklumkan kepada saya tidak dapat bermain lagi dan dalam kesakitan. Saya tidak tahu dia akan bersedia untuk lawan Swansea.

“Diharap untuk perlawanan terakhir dia dapat kembali bermain.

Image result for man city 2-3 man united fernandinho 2018

“John Stones masih belum bersedia. Fernandinho digantung permainan. Mendy direhatkan. Kami ada 14 pemain untuk perlawanan seterusnya, ditambah para pemain muda.”

City kini mengalami kekalahan tiga perlawanan berturut-turut buat pertama kali di bawah kendalian Guardiola.

Ia minggu yang sukar buat kelab yang tewas dalam derbi Manchester dan tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah kepada Liverpool.

Namun Guardiola berkata para pemainnya perlu kekal tenang dan menghadapi setiap perlawanan sama sahaja caranya sepanjang kempen musim ini.

Related image

“Cuba jadi kami ketika sepanjang musim ini dan fikirkan tentang tiga mata penuh, kami 13 mata jarak di puncak kerana kami berhak berada di posisi tersebut.

“Dalam lapan hingga sembilan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, kami hanya kalah satu. Kami menang kesemua lima perlawanan terakhir liga sebelum tewas kepada United. Ia satu prestasi yang bagus.

“Kami perlu fikirkan tentang kekuatan kami di Tottenham nanti, cuba memenangi perlawanan.

“Salah satu kemenangan kami perolehi ialah bila kami keciciran mata, kami kemudiannya meraih kemenangan, menang, menang, menang.”

* Perlawanan melawan Tottenham Hotspur akan berlangsung di Stadium Wembley pada hari Sabtu, 14 April jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Ahad waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami telah berikan segalanya

Laporan Perlawanan

City tersingkir dari UCL kalah kepada Liverpool

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu bermain ‘sempurna’ lawan Liverpool