quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Saya takkan ubah cara bermain lawan Liverpool

PRESS CONFERENCE: Pep previews City's quarter-final clash against Liverpool.

PRESS CONFERENCE: Pep previews City's quarter-final clash against Liverpool.

Sergio Aguero tidak dapat beraksi dalam kunjungan City ke Liverpool dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah hari Rabu.

Penyerang Argentina itu mengalami kecederaan lutut dan tidak beraksi semenjak kemenangan 1-0 ke atas Chelsea pada permulaan bulan Mac.

Pep Guardiola mengkhabarkan yang Aguero semakin bertambah pulih dari kecederaannya namun mengakui kunjungan ke Anfield adalah terlalu awal buatnya.

“Sergio telah kembali di Manchester, dia tidak datang ke sini (Anfield). Dia telah cedera sejak dua minggu lalu.

Image result for aguero knee injury training

“Dia bertambah-tambah baik tapi pihak doktor telah bercakap kepadanya hari ini dan mengatkan dia masih mengalami sedikit masalah dan tidak merasa selesa.”

Ketika ditanya sama ada Aguero bersedia untuk perlawanan derbi menentang Manchester United hari Sabtu ini, Guardiola mengatakan: “Kita akan sama-sama lihat.”

Sementara itu, bos City turut mendedahkan yang Fabian Delph dalam pemilihan skuad semula.

Image result for fabian delph training city 2018

Perlawanan terakhir Delph adalah semasa kekalahan kepada Wigan dalam Piala FA bulan Februari, perlawanan yang telah menyaksikannya dilayangkan kad merah.

Selepas digantung tiga perlawanan, beliau kemudian mengalami masalh otot dan kini telah kembali cergas sepenuhnya dan bersedia untuk bersaing di posisi bek kiri melawan Liverpool.

“Fabian Delph telah kembali, Danilo boleh turut bermain di posisi tersebut, saya ada satu idea siapa akan bermain di situ, tapi anda perlu faham, saya tak boleh memberitahu anda!”

Related image

Bos City turut ditanya sekiranya beliau akan merubah pendekatan kali ini selepas kunjungan lalu menyaksikan mereka dikalahkan 4-3 selepas ketinggalan 3-1 dalam Liga Perdana.

“Saya hormati kualiti yang ada pada pasukan Liverpool dan 'risau' apa yang mereka akan lakukan nanti. Saya bukannya seorang yang angkuh, tapi jika anda berfikir kami akan bertahan 90 minit dan bermain hanya serangan balas, ia takkan berlaku.

“Mengapa saya perlu tukar cara bermain, setelah kami sampai ke peringkat ini?”

Related image

Selain itu Pep turut mengulas tentang bintang utama Liverpool, Mohamed Salah yang telah menjaringkan 37 gol (29 gol Liga Perdana) buat pasukannya di musim pertamanya di Anfield.

“Salah telah bermain cemerlang semasa di AS Roma, setiap perlawanan dia mencipta banuak peluang, musim ini cara Jurgen Klopp bermain cukup sempurna.

“Jurgen pakar dalam membeli para pemain yang diperlukan untuk bermain caranya. Dengan bola Liverpool klinikal, mereka boleh hancurkan anda jika tersilap langkah.”

* Perlawanan suku akhir pertama melawan Liverpool akan berlangsung di Anfield hari Rabu, 4 April jam 7.45 malam UK bersamaan pukul 2.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Fokus kami kini pada UCL

PEP WATCH: The manager observes from the bench at Goodison Park.

Pep Guardiola menggesa pasukannya supaya mengalih tumpuan serta merta kepada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas meraih kemenangan di Everton.

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi menjuarai EPL kalahkan Everton

Previu Perlawanan

Menuntas perjuangan belum selesai di Goodison Park