quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Lima pemain City calon anugerah PFA 2018

Celebration v Watford

Celebration v Watford

Prestasi cemerlang lima bintang Manchester City telah diiktiraf dalam senarai pendek untuk anugerah PFA tahun 2018.

Kevin De Bruyne, David Silva dan Leroy Sane kemuanya tercalon untuk anugerah utama, Pemain Terbaik bersama-sama dengan Harry Kane (Tottenham), Mohamed Salah (Liverpool).

Permainan Sane yang mantap sepanjang musim turut membawanya dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik, bersama-sama rakan sepasukan Raheem Sterling dan Ederson Moraes.

Mereka menghadapi saingan dari Kane, Marcus Rashford (Man United) dan Ryan Sessegnon (Fulham) yang merupakan satu-satunya calon dari luar liga utama Inggeris.

De Bruyne dan Silva yang menjadi tonggak kebangkitan City musim tercalon buat kali pertama untuk anugerah berprestij bola sepak England itu.

Bintang Belgium, De Bruyne menjadi pembantu jaringan gol terbanyak liga, iaitu 15, sementara Silva,11, dan turut menjaringkan 7 gol (Kevin) dan 8 gol (David).

Image result for david silva de bruyne

Sterling yang menjaringkan 17 gol Liga Perdana (22 keseluruhan) dan lapan bantuan gol, manakala Sane 7 gol dan 12 bantuan.

Sementara itu penjaga gol City asal Brazil, Ederson yang ditandatangani dari Benfica musim panas lalu turut cemerlang dengan sikap tenangnya menghadapi tekanan dan keupayaan mengagihkan bola di bawah transformasi Pep Guardiola dengan mengekalkan 15 perlawanan tanpa bolos dalam Liga Perdana.

Selain dari statistik peringkat individu, kesemua para pemain telah mempersembahkan permainan bola sepak secara berpasukan yang disifatkan antara paling indah dalam sejarah Liga Perdana Inggeris musim ini dengan pergerakan, taktikal dan serangan yang menghiburkan para penyokong tegar Manchester City.

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji skuad City yang ‘luar biasa’

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi bergelar juara

Ilkay Gabriel celebrate goal

Manchester City kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Spurs 3-1 di Wembley.

Previu Perlawanan

Misi bangkit semula di Wembley

Spurs v City EPL 2018

Manchester City menyasarkan untuk kembali di laluan kemenangan selepas melalui minggu yang perit dengan tiga kekalahan berturutan dengan menghadapi Tottenham Hotspur.