quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kecederaan Ilkay tidak serius

Pep Guardiola berkata petanda awal menunjukkan kecederaan Ilkay Gundogan tidak serius selepas kemenangan 2-1 ke atas West Brom.

Pemain tengah Jerman itu tersungkur jatuh selepas diterjah keras oleh pemain tengah West Brom Claudio Yacob yang membawanya terpaksa menamatkan perlawanan awal.

Ia merupakan penampilan pertama Gundogan dari awal perlawanan semenjak mengalami kecederaan ligamen lutut semasa menentang Watford sembilan bulan lalu.

“Ia situasi sukar buatnya tpai saya rasa Ilkay akan baik-baik sahaja,“ ujar Pep. “ Dia ada masalah kecil dengan lututnya, tapi tidak seperti sebelum ini dan saya tidak rasa ia serius.

Image result for west brom 1-2 man city

Bos berpuas hari dengan karakter ditunjukkan pasukannya selepas searuh masa kedua selepas disamakan kedudukan melalui ‘set-piece’ oleh West Brom.

Namun dua gol Leroy Sane cukup membawa City untuk mara seterusnya dan diundi bertemu Wolverhampton Wanderers di pusingan keempat.

“Akhirnya, kami mendapat undian bermain di tempat sendiri,” kata Pep sambal tersneyum. “Semenjak saya tiba di sini, kami belum pernah diundi bermain di tempat sendiri, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih buat orang yang melakukan proses undian!

“Saya fikir kami telah bermain amat bagus pada separuh masa pertama bila kami menjaringkan gol dan mungkin sepatutnya ke babak kedua dengan dua atau tiga gol dengan segala peluang yang kami cipta.

Image result for west brom 1-2 man city

“Tapi pada separuh masa kedua kami tertekan kerana terbolos gol dari tendangan penjuru dan sepakan percuma menentang West Brom amat sukar. Mereka hebat dalam situasi-situasi sebegitu dan sekiranya mereka dapat jaringkan gol kedua, kami pasti kalah dalam perlawanan tersebut.

“Ia hampir mustahil untuk tidak terbolos gol mereka kerana dalam situasi-situasi berikut menentang pasukan ini jadi di babak kedua permainan seimbang dan hantaran-hantaran kami juga tidak cukup bagus.

“Ia perlawanan mencabar, bermain di tempat West Brom amat sukar daan mereka telah bermain dengan barisan skuad terbaik mereka tapi kami amat gembira menang dan kini akan bermain di tempat sendiri di pusingan seterusnnya.

Image result for west brom 1-2 man city

“Kami akan tetap hormati Wolves dan kami tahu dari pengalaman lalu ketika menentang Huddersfield musim lalu, tapi kami telah saksikan dari perlawanan pertama ini jadi kami akan lebih bersedia.

“Kami gembira dapat bermain di laman sendiri akhirnya.”

Berita Pasukan Utama

Undian pusingan keempat Piala Carabao

Manchester City telah diundi bertemu Wolverhampton dalam pusingan keempat Piala Carabao di laman sendiri.

Keputusan undian pusingan keempat Piala Liga 2017/18...

Laporan Perlawanan

City mara ke pusingan keempat Piala Liga

Dua gol Leroy Sane di setiap babak perlawanan bawa kemenangan 2-1 buat Manchester City menentang West Brom di the Hawthorns dalam pusingan ketiga Piala Carabao.

Laporan perlawanan Piala Carabao, West Bromwich Albion lwn Manchester City

Previu Perlawanan

Ikuti di Twitter: West Brom vs Man City

City memulakan cabaran Piala Liga (EFL Cup) yang dikenali mulai musim ini sebagai Piala Carabao berikutan penaja minuman bertenaga. Berikut apa yang anda perlu tahu.

Segala yang anda perlu tahu tentang pertemuan Manchester City dengan West Brom, Carabao Cup...