quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami akan turun pasukan terbaik lawan Watford

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany telah kembali berlatih menjelang kunjungan City ke Watford hari Sabtu.

Kapten pasukan tersebut telah direhatkan dan terlepas dua perlawanan terakhir selepas mengalami kecederaan pangkal paha semasa tugasan antarabangsa bersama Belgium akhir bulan Ogos namun Pep menjelas Kompany telah kembali berlatih hari Jumaat bersama pasukan.

“Hari ini, Vinny turun bermain, dia kembali berlatih bersama kami,” ujar Pep kepada wartawan di sidang media.

Image result for kompany training 2017/18

“Saya rasa beberapa hari lagi dia akan dapat bermain semula.”

Guardiola turut mengkhabarkan perkembangan Ederson berikutan kecederaan muka semasa menentang Liverpool minggu lalu.

Penjaga gol Brazil itu tampil bermain dalam kemenangan 4-0 ke atas Feyenoord dalam perlawanan pembuka Liga Juara-Juara Eropah Rabu lalu, namun memakai pelindung kepala.

Image result for ederson feyenoord 0-4 city

“Dia masih ada jahitan luka di muka, dia telah berlatih sekali sebelum perlawanan lalu.

“Dia berlatih dengan baik, sudah tentu bermain dengan memakai penutup kepala, dan dia mengatakan ingin bermain. Dia seorang yang kental.”

Pengurus turut ditanya tentang Yaya Toure yang tidak termasuk dalam senarai rombongan ke Feyenoord tempohari dan tidak diturunkan sejak awal musim.

“Kami perlukan Yaya dan pasukan juga perlukannya, dia penting musim lalu dan akan turut penting musim ini. Saya kagum apa yang telah dilakukannya dan dalam kariernya, seorang pemain hebat,” akui Pep.

Ketika ditanya sama ada beliau akan melakukan perubahan atas pasukannya dalam kunjungan ke Vicarage Road menentang pasukan kendalian Marco Silva, Guardiola mengatakan: “Kesemua pemain yang bermain di Eropah masih ada banyak perlawanan untuk bermain.

“Sehingga rehat antarabangsa seterusnya, begitu banyak perlawanan untuk bermain.

"Saya ingin setiap pemain terlibat ia penting tapi dalam setiap perlawanan akmi memikirkan untuk menurunkan pasukan terbaik.

“Kami akan lihat dan berbincang tentang barisan pemain yang akan diturunkan nanti malam ini.

Image result for marco silva and pep guardiola

“Watford hanya dua mata di belakang kami, saya kagum dengan prestasi mereka menentang Southampton yan mereke mendominasi babak pertama.

“Mereka mempunyai pemain berfizikal kuat, pantas dan pengurus hebat. Apa yang Marco lakukan di Hull bagus musim lalu dengan ‘set-pieces’ dan memberi segalanya.

“Ia menjanjikan perlawanan mencabar kerana kami bermain tiga hari selepas perlawanan di Eropah dan akan bermain di tempat lawan, namun pasukan-pasukan besar perlu tangani situasi sebegini.”

* Perlawanan akan berlangsung di Vicarage Road, hari Sabtu, 16 September jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia. Ikuti liputan langsung di akaun Twitter kami @ManCityMAS. Siaran langsung di saluran Astro 810/831 HD.

Galeri Foto

Perjuangan Liga Perdana Inggeris diteruskan!

Berita Pasukan Utama

Stones: Ia satu permulaan bagus UCL buat kami

Penjaring dua gol City dalam kemenangan 4-0 ke atas Feyenoord, John Stones melahirkan rasa gembira dengan permulaan cemerlang pasukan dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Reaksi John Stones dan Kevin De Bruyne selepas kemenangan 4-0 di Feyenoord, Liga Juara-Juara Eropah...

Berita Pasukan Utama

Pep: Permulaan bagus tapi kerja keras menanti

Pep Guardiola mengatakan yang City telah melakukan permulaan bagus untuk kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini, namun menegaskan banyak tugasan berat menanti.

Reaksi Pep Guardiola seusai kemenangan Manchester City 4-0 di Feyenoord...