quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Sergio adalah mesin gol ujar Gundogan

Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling memberi pujian khas atas kualiti Sergio Aguero yang menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-0 di Watford.

Jaringan hatrik tersebut membawa penyerang Argentina tersebut hanya perlukan tiga gol lagi untuk menjadi sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Manchester City yang kini mengumpul sebanyak 175 gol sejak menyertai City tahun 2011.

Image result for ilkay gundogan watford 0-6 man city

Gundogan yang kembali beraksi pada babak kedua sebagai pemain gantian selepas sembilan bulan direhatkan menjelaskan Aguero sebagai ‘mesin penjaring gol’.

Sterling yang turut tampil cemerlang dengan menyempurnakan gol kelima dengan sepakan penalti turut menyetujui kata-kata rakan sepasukan dari Jerman tersebut dengan kehebatan jaringan gol Aguero.

“Dia amat istimewa, persis ‘ mesin gol’,” ujar Gundogan. “Gol terakhirnya luar biasa, ia menunjukkan bakatnya dan betapa hebatnya beliau. Kami perlukannya dan diharap dia akan dapat menghasilkan lebih banyak gol lagi.”

Sterling turut memuji Kun dengan menambah: “Anda dapat lihat setiap perlawanan jika anda berikan Sergio peluang, sembilan persepuluh akan terhasil gol.”

Pemusnahan ke atas Watford yang tidak terkalah empat perlawanan Liga Perdana Inggeris cukup sempurna buat pasukan Pep Guardiola yang menghasilkan 15 gol tanpa bolos dalam kemenangan ke atas Liverpool, Feyenoord dan Hornets.

Gundogan dan Sterling percaya akan banyak lagi akan datang.

“Saya tidak tahu jika sesuatu yang sempurna, selepas minggu yang sukar dengan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di tempat lawan, cara kami bermain cukup hebat. Kami hanya perlu teruskan perkara sama,” ujar Gundogan.

“Setiap pemain begitu teruja. Ia satu persembahan permainan yang bagus,” ujar Sterling. “Kami memperolehi bola dan kami amat klinikal, itu yang pengurus mahukan dan apa yang kami cuba lakukan.”

Berita Pasukan Utama

Pep puji kehebatan Aguero

Pep Guardiola memuji hero hatrik, Sergio Aguero selepas City menyungkurkan Watford 6-0 di Vicarage Road, petang Sabtu.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 6-0 di Watford...

Laporan Perlawanan

City belasah Watford enam gol tanpa balas

Previu Perlawanan

Ikuti Watford vs City

Segala yang anda ingin tahu menjelang pertemuan Watford menentang Man City…

Perlawanan kelima Liga Perdana Inggeris musim 2017/18