quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero catat sejarah baru Liga Inggeris

Sergio Aguero mencatat satu lagi sejarah tersendiri selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Liverpool di Stadium Etihad.

Penyerang Argentina itu memecah rekod menjadi pemain bukan Eropah menjaringkan gol terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris melalui jaringan gol minit ke-24 ke atas the Reds Merseyside.

Ia merupakan gol ke-124 Kun dalam saingan liga semenjak menyertai City dari Atletico Madrid pada musim panas 2011 dan mengatasi rekod Dwight Yorke, pemain asal Tobago yang juga bekas pemain Manchester United, Blackburn, Birmingham City dan Sunderland dengan 123 gol.

Image result for aguero city 5-0 liverpool

Gol tersebut juga merupakan gol keenam dihasilkan Aguero dalam perlawanan keenam berturut-turut beraksi di laman sendiri menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris menjadikannya penjaring gol ke-15 terbanyak secara keseluruhan dengan hanya kurang satu dari Nicolas Anelka dan kurang dua dari Robbie Keane.

Di peringkat kelab pula, kini Aguero hanya kurang enam gol dari penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Manchester City iaitu Eric Brook.

Memandangkan Kun hanya memulakan musim baru, beliau sudah menjaringkan dua gol dari empat perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini, ramai menjangkakan pemain berusia 29 tahun itu akan mencatat satu lagi sejarah tidak lama lagi dalam kariernya bersama City.

Berita Pasukan Utama

City hadapi Liverpool tanpa Kompany

Vincent Kompany akan terlepas beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool hari Sabtu di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang pertemuan dengan Liverpool...