quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami telah kalahkan satu pasukan hebat

Pep Guardiola berkata yang beliau gembira dengan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Shakhtar Donetsk yang begitu berkemahiran.

Bos City memuji pasukan pelawat dari Ukraine dan percaya ia merupakan salah satu perlawanan tersukar pasukannya hadapi musim ini.

“Malam ini kami telah kalahkan satu pasukan hebat, ia satu permainan luar biasa.

Image result for fred City 2-0 shakhtar donetsk

“Kami tidak dapat membaca permainan mereka kerana Fred dan Stepanenko bermain begitu hebat. Mereka mempunyai para pemain hebat, amat tersusun dan bertahan begitu baik.

“Pujian kepada para pemain saya kerana kami bekerja keras untuk mengalahkan mereka. Ia kemenangan besar buat kami dan mereka mendapat penghormatan kami.

Image result for city celebration city 2-0 donetsk de bruyne

“Ini merupakan kali pertama kami memenangi dua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut. Lambat laun ia akan berlaku jadi kini kami akan cuba untuk memenangi tiga perlawanan berturut-turut. Ia akan berlaku dengan cara kelab ini bekerja.

“Namun hari ini kami telah mengalahkan satu pasukan sukar. Ia satu pasukan yang sentiasa beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan tujuh hingga lapan pemain Brazil yang berkualiti.

Image result for fred City 2-0 shakhtar donetsk

“Ia bagus kami tidak terbolos sebarang gol dan pada babak kedua kami bermain dengan terbaik.”

Guardiola turut kagum dengan permainan Fabian Delph yang mengisi posisi bek kiri dengan ketiadaan Benjamin Mendy yang cedera yang diumumkan terpaksa direhatkan agak lama.

“Saya amat kagum dengan Fabian, para pemain tengah bila mereka bijak, boleh bermain di mana-mana posisi.

Image result for fabian delph City 2-0 shakhtar donetsk

“Fabian seorang yang bagus, tidak pernah mengeluh apabila tidak bermain atau cedera. Dia faham peraturan dan memainkan peranannya dengan baik sekali.

“Dia seorang yang bijak dan saya amat gembira untuknya. Tahun lalu dia cedera dan berhak bermain lebih minit. Tahun ini saya pasti dia akan bermain lebih kerap dan diharap dia akan melalui musim yang bagus. Dia telah bermain cukup cemerlang.”

Tentang perkhabaran Mendy pula kurang baik dengan Pep menambah: “Esok Mendy akan ke Barcelona dan kami akan lihat apa masalahnya, pandangan pertama kami dia akan direhatkan lebih lama dari yang kami jangkakan.

Image result for mendy injury

“Kami akan dapat mengetahui lebih lanjut hari Khamis ini. Jika dia terpaksa direhatkan ia akan seperti Ilkay Gundogan dan saya merasa sedih buatnya.

“Dia seorang pemain unik dengan kegembiraan dibawanya dalam pasukan dan ia satu kehilangan. Kita akan lihat Januari ini sama ada kami perlu menandatangani pemain baru.

Image result for zinchenko city

“Kami ada alternatif, Delph, Fernandinho, ZInchenko. Kami akan lihat nanti. Zinchenko seorang pemain bagus, tapi kami tidak ada tempat buatnya dalam Liga Juara-Juara Eropah buat masa ini.

“Jika Mendy direhatkan, dia (Zinchenko) boleh membantu kami bersama-sama Delph.”

Ketika ditanya tentang Aguero yang terlepas sepakan penalti, Pep menjawab: “Sergio akan memecah rekod tersebut.

Image result for aguero City 2-0 shakhtar donetsk

“Dia tidak perlu menjaringkan 50 gol untuk mencapai rekod tersebut. Ia akan berlaku. Apabila ia berlaku kemudian anda boleh tanyakan saya.

“Ia tidak kira sama ada penalti atau tidak, dia akan menjaringkan gol-gol sebagaimana yang sentiasa dilakukannya.”

Laporan Perlawanan

City atasi Shakhtar dalam Liga Juara-Juara Eropah

Gol Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling bawa City kemenangan 2-0 ke atas pelawat, Shakhtar Donetsk dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Laporan perlawanan Manchester City 2 Shakhtar Donetsk 0

Galeri Foto

Persiapan ke Stamford Bridge

Galeri Foto

Persiapan ke Stamford Bridge