quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Mendy tak sabar debut laman sendiri

Benjamin Mendy mengakui yang beliau tidak sabar untuk melangkah masuk dan beraksi di Stadium Etihad sebagai pemain City buat kali pertama.

Pemain antarabangsa Perancis itu begitu menyerlah musim lalu ketika City menumpaskan bekas kelabnya, Monaco 5-3 dengan Mendy mempamerkan permainan yang telah membawa masalah kepada pasukan Pep Guardiola di perlawanan kedua yang kemudiannya tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah dengan agregat 6-6 kelebihan gol Monaco di tempat lawan.

“Perlawanan menentang City merupakan yang paling menarik saya bermain,” akui Mendy. “Ketika itu hati saya sudah mahu menyertai kelab ini, menyertai Pep Guardiola di sini .

Image result for mendy v man city monaco champions league

“City merupakan satu kelab yang amat saya sukai. Ketika undian peringkat 16 akhir bertemu City, saya fikir ia merupakan peluang sempurna.

“Ketika saya tiba di sini untuk perlawanan pertama, saya saksikan Stadium Etihad yang gah dan mengaguminya!

“Saya tahu saya perlu berikan yang terbaik dan tunjukkan apa yang saya boleh lakukan untuk berpeluang datang ke sini dan menjadi pemain City.”

Mendy tiba dari Monaco dengan kecederaan otot dan terlepas beberapa perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris bersama City dan tampil kali pertama dalam kemenangan 2-1 di Bournemouth dua minggu lalu.

Image result for mendy vs bournemouth

Kini beliau bersedia menyahut cabaran menentang Liverpool dan berkata ia merupakan perlawanan terbaik sebagai penampilan pertamanya di tempat sendiri, di hadapan para penyokong City.

“Liverpool bermain di tempat sendiri satu perlawanan besar,” ujar Mendy sambal tersenyum. “Saya teruja dan tidak sabar untuk bermain perlawanan pertama saya di laman sendiri.

“Sama ada ia Liverpool atau mana-mana pasukan, saya akan menyiapkan diri saya untuk perlawanan nanti sama caranya.

Image result for mendy training city

“Saya datang ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain dalam perlawanan-perlawanan berkaliber seperti ini. Ia pasti hebat bermain di hadapan para penyokong kita sendiri.

“Mereka begitu hebat semasa di Bournemouth dan kami telah meraikan kemenangan bersama-sama pada akhirnya, dan kini saya mahu memberikan mereka yang terbaik sepanjang musim.”

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Man City vs Liverpool

Liverpool merupakan lawan City pertama sekembali dari rehat antarabangsa dan berikut segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan nanti.

Segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan Manchester City dan Liverpool hari Sabtu...

Galeri Foto

Persiapan bertemu Liverpool

Berita Pasukan Utama

Sterling diundi Pemain Terbaik Etihad Ogos

Raheem Sterling telah diundi sebagai Pemain Terbaik Etihad untuk bulan pertama musim 2017/18.

Raheem Sterling telah diundi sebagai Pemain Terbaik Etihad untuk bulan pertama musim 2017/18.