quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola gembira dengan permainan babak kedua

Pep Guardiola memuji sikap agresif pasukannya dalam City membelasah Crystal Palace 5-0 di Stadium Etihad.

City menjadi pasukan pertama menjaringkan lima gol atau lebih dalam tiga perlawanan berturut-turut di liga utama Inggeris dalam satu musim sejak dicatat oleh Blackburn pada musim 1958/59.

Leroy Sane membuka jaringan awal sebelum masa rehat dan kemudian gol-gol membanjiri sekali lagi di separuh masa kedua.

Raheem Sterling mencatat dua gol, sementara Sergio Aguero hampir memecah rekod kelab untuk menjadi penjaring gol terbanyak City, dan pemain gantian Fabian Delph sebagai ‘bumbu’ untuk menyedapkan lagi ramuan kemenangan Citizens.

Image result for man city 5-0 palace september 2017

“Kami telah bermula dengan baik pada lima hingga sepuluh minit pertama, kami telah mencipta banyak peluang bagus namun selepas itu kami seakan lupa perlu menggerakkan bola.

“Bola masih dalam posesi tapi segalanya dirasai begitu perlahan. Kami terlepas beberapa peluang semasa serangan balas dan apa sahaja boleh berlaku.

“Jika anda mengkaji pada 30 minit pertama, kami masih belum bersedia. Tiada pemain yang mengambil bola dan memulakannya. Ia berlaku 9-10 saat sebelum segalanya bermula. Ia begitu lembab. Kami perlu mencipta permainan, memprovok situasi…

“Sepuluh minit sebelum gol pertama, saya terfikir: ‘sekarang kami memperolehinya, rentak menjadi lebih cepat.

“Ia telah banyak membantu yang kami menjaringkan gol sepuluh minit terakhir oleh Sane. Di babak kedua, kami mempamerkan apa yang dilhat dalam beberapa perlawanan terakhir.

“Kami bermain dengan rentak yang betul dan bersabar menunggu masa sesuai. Para peminat sukakan gerakan laju, dalam masa tiga saat anda menjaringkan gol. Kami perlu menggerakkan bola lebih cepat.

Image result for sterling city 5-0 palace september 2017

“Kami bukanlah satu pasukan yang menunggu ‘set-piece’ atau serangan balas. Tiada yang bergerak lebih cepat dari bola kami. Kami berlatih setiap hari untuk tujuan tersebut.

“Pada babak kedua, pasukan mula bersedia, kami tidak terlepas dari posesi, kami menggerakkan bola lebih laju, kami menemui ruang tepat, kami lakukannya dengan baik.

Image result for man city 5-0 palace september 2017

“Minggu ini kami telah bermain dengan bagus.”

Guadiola turut melahirkan rasa kegembiraan untuk persembahan permainan Pemain Terbaik Perlawanan, Leroy Sane.

“Dia bertambah bagus dalam hal-hal mudah, menjaringkan gol amat penting, mencipta peluang-peluang, membantu jaringan. Dia seorang pemain muda yang boleh diperbaiki lagi.

“Saya mempunyai lima penyerang yang semuanya berhak untuk bermain. Gabriel Jesus hebat, Bernardo Silva sentiasa mencipta peluang, juga Raheem, Leroy dan Sergio. Sebahagian mereka perlu berehat.

“Saya perlukan mereka tajam, terutama pada separuh kedua musim ini.”

Guardiola turut memberi perkembangan kecederaan Benjamin Mendy yang terpaksa menamatkan permainan awal kerana cedera lutut.

Image result for benjamin mendy injury

“Esok, kami akan lakukan pemeriksaan sebenar, diharap ia hanyalah hantukan, kita akan lihat situasinya esok.

“Tanpa Mendy, kami tidak dapat melakukan serangan dengan lancar.”

City tidak dapat berehat panjang dengan kunjungan Shakhtar Donestk pada malam Rabu ini di Stadium Etihad untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya tahu Shakhtar dan kenal mereka sejak di Barcelona dan Bayern, setiap kali mereka ada para pemain hebat dan berpengalaman. Mereka merupakan satu pasukan ternama dan berupaya mengalahkan pasukan-pasukan handalan seperti Napoli.

“Kami tidak boleh memandang rendah, kami perlu berhati-hati.

Image result for shakhtar donetsk 2017

“Diharap para peminat kami akan hadir. Kami perlukan mereka. Kami perlu melangkah jauh dalam Liga Juara-Juara.

“Diharap kami dapat belajar dari apa yang kami tidak lakukan hari ini, dan lakukannya semasa perlawanan malam Rabu nanti dan di London menentang Chelsea.

“Diharap, dalam perlawanan-perlawanan akan datang kami akan bermain dengan hebat terutama di tempat sendiri, ia bagus untuk keyakinan kami.

“Kami masih berada di bulan September. Saya bukanlah orangnya untuk memberitahu orang ramai supaya jangan bergembira dan merasa teruja. Para peminat datang menyaksikan kami bermain, dan ia tugasan kami menghiburkan mereka.

Image result for man city fans celebrate 2017

“Ia satu kepuasan dapat melihat para peminat kami gembira.

“Dalam Liga Perdana Inggeris mengetahui betapa sukarnya kejohanan ini, ia bagus dapat menjaringkan lima gol tapi kami meraih kurang mata berbanding musim lalu dan anda dapat lihat apa yang telah berlaku.”

Previu Perlawanan

Ikuti Man City vs Palace di Twitter

Segala yang anda tahu tentang perlawanan keenam Liga Perdana Inggeris musim ini, pertemuan Manchester City dengan Crystal Palace.

Info Perlawanan Manchester City lawan Crystal Palace...

Berita Pasukan Utama

Kompany dalam pemilihan hadapi Palace

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany kembali dalam senarai pilihan pemain menentang Crystal Palace hari Sabtu ini di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang lawan Crystal Palace...

Berita Pasukan Utama

Kompany dalam pemilihan hadapi Palace

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany kembali dalam senarai pilihan pemain menentang Crystal Palace hari Sabtu ini di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang lawan Crystal Palace...