quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami amat bertuah mempunyai De Bruyne

Pep Guardiola telah memuji permainan Pemain Terbaik Perlawanan, Kevin De Bruyne dalam City membelasah Liverpool 5-0 di Stadium Etihad.

Gol pembuka Sergio Aguero yang juga gol keenamnya dalam perlawanan keenam di laman sendiri menentang Liverpool sebelum Gabriel Jesus dan Leroy Sane menambah dua gol setiap satu membawa kemenangan terbesar City 5-0 ke atas Liverpool sejak tahun 1937.

De Bruyne berperanan membantu dua jaringan gol membawa pasukan Pep Guardiola mendahului 2-0 di babak pertama, dan beliau menjadi jantung serangan Blues sepanjang perlawanan.

Image result for de bruyne city 5-0 liverpool

“Dia (De Bruyne) ada kualiti dan komitmen, dia bijak dan faham banyak perkara dengan cepat,” akui Guardiola.

“Dia melakukan banyak hantaran, dia cepat dan sentiasa melihat ruang dimana orang lihat tidak melihatnya.

“Dia bagus dengan bola di kaki dan pandai mencari ruang. Dia seorang pemain lengkap dan kami satu kelab yang beruntung mempunyainya.

Image result for de bruyne city 5-0 liverpool

“Saya amat gembira dengan prestasi permainannnya, dan bukan sahaja hari ini.”

Permainan yang rancak dan menghiburkan telah menyaksikan Liverpool dikurangkan kepada sepuluh pemain lima minit sebelum masa rehat apabila Sadio Mane diarah keluar padang berikutan tendangan tinggi yang berbahaya terhadap Ederson.

Penjaga gol City asal Brazil itu kemudian digantikan oleh Claudio Bravo namun kembali ke bangku simpanan selepas pemeriksaan unit kecemasan yang mengesahkan tiada sebarang keretakan tulang pipi dan rahangnya.

Image result for mane ederson

Guardiola mengakui perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah Rabu ini mungkin terlalu awal untuk pemain Brazil itu dan menegaskan beliau tidak melihat kekasaran berlaku dengan sengaja yang membawa kepada kecederaan.

“Dia tidak mengalami sebarang keretakan atau patah tulang,” jelasnya. “Itu yang penting. Mungkin dia akan lebih cantik lepas ini!

“Dia pemain penting buat kami. Tiada niat sengaja dari Mane kerana dia tidak melihat Ederson meluru datang tapi ia menyakitkan. Diharap dia dapat berjalan tapi mungkin dia tidak dapat bermain untuk perlawanan akan datang.

Image result for ederson salah v liverpool

“Kami bermain berintensiti tinggi yang penjaga gol perlu bermain sekitar 60 ela dari kawasan gawang untuk membantu kami segi pertahanan.

“Ia bukan pertama kali dia keluar maju ke hadapan. Ia satu tindakan berani. Namun tidak bernasib baik dia cedera, diharap dia dapat kembali bermain secepat mungkin.

“Liverpool memperolehi satu peluang jelas dan Ederson telah menunjukkan betapa bagusnya dia.”

Sementara ia sering dikatakan lebih sukar bermain menentang sepuluh pemain, Guardiola menambah yang kurangnya seorang pemain Liverpool terbukti memberi kelebihan kepada pasukannya.

Image result for ederson salah v liverpool

“Mempunyai dua pasukan bermain 10 lawan 11 untuk 50 minit adalah satu kelebihan,” jelasnya.

“Ia seimbang ketika 11 lawan 11. Kadang-kadang ia tidak mudah bermain menentang sepuluh pemain tapi kami lakukannya dengan baik.

“Gol kedua telah banyak membantu kami.

“Kami telah bercakap semasa rehat dan kata saya, jangan biarkan mereka berlari. Kami tidak boleh bermain sesuatu permainan turun dan naik gelanggang. Kami perlu mencari masa sesuai. Kami telah banyak bazirkan beberapa minit menekan mereka.

Image result for city 5-0 liverpool

“Mereka telah menyerang dalam banyak saluran. Mereka amat pantas dan mempunyai kualiti. Mereka telah mencipta banyak masalah, diharap apabila kami bermain di Anfield kami dapat menyelesaikannya.

“Ia penting untuk menguasai bola sekerap mungkin yang boleh dan menguasai serangan balas, saya rasa kami dapat bertahan lebih baik dengan tiga pemain di bahagian pertahanan, Kami telah menukarnya di babak kedua, kadang-kadang anda boleh menggunakan kedua-dua sistem.

Related image

“Para pemain pertahanan penuh kami telah banyak memberi kami tenaga. Benjamin Mendy, Kyle Walker, Danilo..mereka mempunyai banyak kaki! Mereka boleh berlari dan melakukan banyak hantaran silang. Ia telah membantu kami 'menyakitkan' pasukan lawan. Ia satu kemajuan buat kami.

“Kami perlu bersabar dan membaca situasi dengan baik.

“Untuk satu masa panjang, City tidak berupaya mengalahkan Liverpool tapi kami berjaya lakukannya hari ini. Ia memberi kami keyakinan sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.”

Berita Pasukan Utama

Aguero catat sejarah baru Liga Inggeris

Sergio Aguero mencatat satu lagi sejarah tersendiri selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Liverpool di Stadium Etihad.

Penyerang sensasi Manchester City, Sergio Aguero mencatat satu lagi sejarah baru...

Berita Pasukan Utama

Laporan kecederaan Ederson

Penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes tidak mengalami konkusi atau keretakan tulang muka selepas pelanggaran dengan Sadio Mane.

Laporan kecederaan Ederson Moraes selepas insiden pelanggaran dengan Sadio Mane...

Berita Pasukan Utama

Laporan kecederaan Ederson

Penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes tidak mengalami konkusi atau keretakan tulang muka selepas pelanggaran dengan Sadio Mane.

Laporan kecederaan Ederson Moraes selepas insiden pelanggaran dengan Sadio Mane...