quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City hadapi Liverpool tanpa Kompany

Vincent Kompany akan terlepas beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool hari Sabtu di Stadium Etihad.

Kapten City tersebut mengalami kecederaan pangkal paha semasa memikul tugasan bersama pasukan kebangsaan Belgium awal minggu ini dan tidak sempat sembuh untuk menghadapi pasukan kendalian Jurgen Klopp.

Bercakap semasa sidang media di CFA hari Jumaat, Pep Guardiola berkata: “Dia telah bermain bersama Belgium menentang Gibraltar. Mereka menang 9-0, dia menghadapi masalah pangkal pahanya. Saya rasa dia tidak bersedia lawan Liverpool.”

Image result for kompany injury belgium 2017 v gibraltar

“Ia hanya buat masa singkat, perlawanan akan datang dia dapat bermain semula.

“Saya sedih. Saya lebih suka jika dia cergas.

“Dia telah melakukan usaha gigih, pakar fisio kami telah bekerja keras menjaganya, jadi dalam tujuh, lapan, sembilan perlawanan terakhir musim lalu dia telah bermain tanpa sebarang masalah sepanjang 90 minit.

Related image

“Musim ini kami menjaganya dengan baik, dia telah bermain tiga perlawanan musim ini selama 90 minit tanpa masalah.

“Kini masuk tempoh tiga perlawanan satu minggu dan tidak bernasib baik kami ketiadaannya. Kami akan cuba memulihkannya secepat mungkin yang boleh.

“Jendela perpindahan telah berakhir. Dengan Vincent atau tanpa Vincent, kami fikir perlukan seorang lagi pemain pertananan. Tapi kami sudah ada Mangala dan Tosin yang sudah tentu merupakan pilihan dan para pemain lain yang dapat bermain di posisi tersebut.”

Image result for mangala city 2017

Sementara itu menyentuh jendela perpindahan yang ditutup minggu lalu tentang kegagalan di saat-saat akhir mendapatkan Alexis Sanchez, Pep menambah: “Kadang-kadang ia berlaku, kadang-kadang tidak.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku semasa jendela perpindahan Musim Sejuk Januari nanti. Sanchez masih pemain Arsenal.

“Mereka meminta Raheem Sterling sebagai pertukaran untuk perpindahan Sanchez dan memberitahu saya, tapi saya katakan tidak. Peluang kosong.”

Related image

Sementara itu Guardiola turut menyatakan yang Ilkay Gundogan telah berlatih bersama skuad sejak beberapa minggu dan dalam pemilihan.

“Dia telah berlatih bersama kami sejak dua hingga tiga minggu lalu, dia sebahagian dari skuad.

Image result for pep and jurgen

Menyentuh lawan City yang begitu menyerlah dengan menang dua dan seri satu tiga perlawanan mereka termasuk 4-0 ke atas Arsenal Pep mengakui: “Setiap kali bermain melawan pasukan kendalian Jurgen saya banyak belajar.

“Dia seorang pengurus hebat, kelab ternama, para pemain handalan, ia pasti menjanjikan perlawanan yang menarik nanti.”

* Perlawanan menentang Liverpool akan berlangsung hari Sabtu, 9 September jam 12.30 tengahari waktu UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD. 

Berita Pasukan Utama

Mendy tak sabar debut laman sendiri

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Man City vs Liverpool

Liverpool merupakan lawan City pertama sekembali dari rehat antarabangsa dan berikut segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan nanti.

Segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan Manchester City dan Liverpool hari Sabtu...

Galeri Foto

Persiapan bertemu Liverpool