quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Ederson: Kami bersedia hadapi Chelsea!

Ederson preview v Chelsea

Ederson preview v Chelsea

Ederson Moraes berkata yang pasukan melakukan persiapan tanpa kelainan untuk menghadapi Chelsea di Stamford Bridge hari Sabtu ini.

Penjaga gawang City asal Brazil telah memulakan kariernya dengan cemerlang bersama City dan tidak terbolos sejak di Bournemouth bulan lalu iaitu permainan selama lapan jam.

Pemain berusia 24 tahun yang bahasa ibundanya Portugis percaya memahami lebih baik dan berupaya berbahasa Inggeris atau Sepanyol bila diperlukan membantu skuad City lebih kukuh di bahagian pertahanan.

“Ia semua tentang sekumpulan pemain dalam pasukan ini,” ujar Ederson.

“Pasukan kami bermain bersama begitu baik sekali, dari segi serangan dan pertahanan. Setiap pemain telah banyak membantu saya setiap hari dimana ia membantu saya menyesuaikan diri dan menjadikan saya amat gembira di sini.

“Saya harap dapat meneruskan prestasi perlawanan tanpal bolos sebanyak mungkin. Sudah tentu komunikasi adalah kunci. Dalam sebahagian perlawanan, saya bercakap sedikit dalam Bahasa Sepanyol dengan Otamendi, tapi saya telah belajar sedikit Bahasa Inggeris dan ia telah banyak membantu saya.

“Bermain dalam Liga Perdana Inggeris jelas menepati segala jangkaan saya, malah lebih lagi. Seperti saya telah katakan pada awal musim, ia satu liga hebat, para peminat turut luar biasa, setiap perlawanan menakjubkan dan saya begitu teruja diuji.

Image result for ederson vs liverpool

“Tiada yang berubah dari mula hingga sekarang, ia pengalaman yang amat hebat dan positif, jadi saya amat gembira di sini! Saya telah dapat menyesuaikan diri dengan baik di bandar Manchester dan juga kelab ini. Kini saya harap dapat mencapai banyak perkara-perkara lebih besar di masa depan.”

Penjaga gol City menjangkakan kunjungan hari Sabtu ini ke Chelsea merupakan satu ujian besar, tapi berkata The Citizens tidak akan melakukan persiapan berbeza ke Stamford Bridge.

Kini penyandang juara Liga Perdana Inggeris musim lalu ditinggalkan City selaku pendahulu liga dengan tiga mata di tempat ketiga namun turun beraksi selepas menang cemerlang 2-1 ke atas Atletico Madrid di tempat lawan dalam Liga Juara-Juara Eropah malam Khamis.

Image result for ederson man city

“Adakah kami akan lakukan sesuatu berlainan? Tidak, saya rasa tidak. Setiap perlawanan ada kesukarannya tersendiri, sama seperti yang telah kami hadapi semasa menentang Shakhtar.

“Hari Sabtu ini tiada kelainannya. Kami sedar kami perlu bersedia untuk perlawanan besar dan itu yang kami sedang lakukan.

 

“Saya kekal tenang tapi fikiran saya kini tertumpu sepenuhnya pada perlawanan nanti. Ia satu perlawanan yang memerlukan tuntutan tinggi, jadi saya akan memikirkan tentang Chelsea dan selepas itu tentang perlawanan-perlawanan bersama pasukan kebangsaan Brazil semasa rehat antarabangsa.”

* Perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge akan berlangsung hari Sabtu, 30 September jam 5.30 petang waktu UK bersamaan pukul 12.30 pagi Ahad, 1 Oktober waktu tempatan Malaysia. 

 

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami telah kalahkan satu pasukan hebat

Pep Guardiola berkata yang beliau gembira dengan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Shakhtar Donetsk yang begitu berkemahiran.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 2-0 ke atas Shakhtar Donetsk..

Laporan Perlawanan

City atasi Shakhtar dalam Liga Juara-Juara Eropah

Gol Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling bawa City kemenangan 2-0 ke atas pelawat, Shakhtar Donetsk dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Laporan perlawanan Manchester City 2 Shakhtar Donetsk 0

Galeri Foto

Persiapan ke Stamford Bridge