quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City tanpa tiga pemain hadapi Chelsea

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany tidak tersenarai dalam pilihan skuad ke Stamford Bridge hari Sabtu ini.

Kapten City belum menyempurnakan sesi latihan penuh bersama rakan-rakan sepasukan dalam masa sebulan dan tidak akan diturunkan dalam perlawanan penting menentang penyandang juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Chelsea.

Kompany telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belgium untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Bosnia Herzegovina dan Cyprus, namun Guardiola menegaskan yang kapten tidak akan beraksi untuk pasukan the Red Devils nanti.

“Tidak sama sekali, Kompany belum cukup cergas untuk bermain menentang Chelsea,” ujarnya.

Image result for vincent kompany training 2017/18

“Beliau tidak turun berlatih walau satu sesi penuh bersama kami sejak sebulan lalu, selepas perlawanan menentang Girbraltar.

“Saya telah bercakap dengan pengurus pasukan Belgium, Roberto Martinez. Dia memberitahu saya yang Vincent akan ke sana bertemu para doktor pasukan Belgium tapi akan kembali semula ke Manchester.

“Sudah tentu dia tidak boleh bermain dengan Belgium.”

Image result for benjamin mendy injury

Guardiola juga akan tanpa Benjamin Mendy yang mengalami kecederaan lutut selepas kemenangan ke atas Crystal Palace hujung minggu lalu.

Pengurus menjangkakan pemain pertahanan Perancis itu akan direhatkan sehingga April 2018.

Mendy yang ditandatangani dari Monaco musim panas ini sekarang berada di Barcelona dan akan menjalani pembedahan petang Jumaat untuk memulihkan kecederaannya.

Image result for benjamin mendy operation barcelona

“Mendy akan dibedah petang ini di Barcelona oleh Dr Ramo Cugat dan akan direhatkan sehingga masa semifinal Liga Juara-Juara Eropah,” ujar Pep.

Sementara itu, Guardiola turut menjelaskan yang Sergio Aguero akan kembali ke Manchester lewat hari Jumaat dan akan diperiksa lanjut selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya di Amsterdam malam Jumaat.

Aguero menziarahi ibu kota Belanda itu semasa percutiannya apabila kemalangan berlaku dengan menaiki teksi pulang dari menghadiri konsert penyanyi Colombia Maluma. Guardiola melahirkan rasa lega yang penyerang itu dapat mengelak dari kecederaan lebih serius.

Image result for aguero accident

“Sergio sebagaimana anda tahu terlibat dalam kemalangan di Amsterdam dan akan kembali ke Manchester petang ini.

“Saya tidak tahu, saya bukan doktor, saya tidak tahu keadaan sebenarnya. Ia satu kemalangan. Nasib baik, dia akan kembali dan akan sembuh secepat mungkin yang boleh.

Image result for aguero accident

“Ia merupakan hari tidak bertugas buat para pemain, saya bukan polis. Saya lebih suka adanya Mendy, Kompany dan Sergio tapi kami akan tetap bermain dengan sebelas pemain.

“Jangkaan pertama kami ialah Kun mengalami patah tulang rusuk. Berapa hari beliau terpaksa direhatkan, saya tidak tahu buat masa ini.”

Aguero setakat ini pada musim ini telah tampil sebanyak 8 kali dengan menghasilkan 7 gol yang membawanya mengumpul 176 gol buat Manchester City semenjak menyertai kelab musim panas 2011 dan kurang satu gol untuk menyamai rekod legenda City, Eric Brook sebagai penjaring gol terbanyak kelab.

* Perlawanan menentang Chelsea akan berlangsung di Stamford Bridge hari Sabtu, 29 September jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 awal pagi Ahad waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Aguero akan diperiksa selepas kemalangan jalanraya

Berita Pasukan Utama

Pengesahan kecederaan ligamen lutut Benjamin Mendy

Berita Pasukan Utama

Ederson: Kami bersedia hadapi Chelsea!

Ederson preview v Chelsea

Ederson Moraes berkata yang pasukan melakukan persiapan tanpa kelainan untuk menghadapi Chelsea di Stamford Bridge hari Sabtu ini.

Previu Ederson Moraes Chelsea vs Man City...