quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Sterling, De Bruyne dan Silva calon POTM Ogos

Sane joy

Sane joy

Raheem Sterling, Kevin De Bruyne dan David Silva dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad bagi bulan pertama musim 2017/18.

Ketiga-tiga pemain mencatat prestasi memberangsangkan pada bulan Ogos sebaik sahaja saingan Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 bermula dengan dua kemenangan dan satu seri dengan jumlah sembilan mata dari tiga perlawanan.

Raheem Sterling

Sterling telah memainkan peranan berharga dengan dua gol penting dalam bulan pertama kempen kali ini.

Image result for raheem sterling celebration bournemouth

Gol lewat perlawanan menentang Everton di Stadium Etihad menjami City berkongsi satu mata sebelum gol penuh dramatik menjamin kemenangan di Bournemouth sebelum dilayangkan kad merah yang penuh kontroversi.

David Silva

Silva sekali lagi menyerlah bulan lalu dengan membantu dua jaringan gol dan terlibat dalam ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan pembuka musim menentang Brighton, beliau berjaya menemui ruang untuk memberi umpanan kepada gol Sergio Aguero.

Image result for silva v brighton

Manakala bantuan jaringan keduanya juga dengan gaya sama memotong barisan pertahanan Bournemouth untuk membawa gol penyamaan dijaringkan Gabriel Jesus.

Kevin De Bruyne

De Bruyne menyinar pada permulaan musim dengan peranan baru diberikan oleh Pep Guardiola di bahagian tengah.

Image result for de bruyne v everton 2017

Pemain Belgium berusia 26 tahun itu mempamerkan permainan berkelas dalam ketiga-tiga perlawanan pertama dengan menggelecek bola dan melakukan beberapa serangan serta menunjukkan kemahiran bertahan.

Jadi, siapa pilihan anda?

UNDI SEKARANG!

 

 

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad EPL City Musim 2017/18

Manchester City telah mengumumkan senarai skuad untuk Liga Perdana Inggeris musim 2017/18.

Senarai penuh para pemain Manchester City untuk saingan Liga Perdana Inggeris musim 2017/18.

Berita Pasukan Utama

Rumusan urusan perpindahan Musim Panas

Jendela perpindahan pemain untuk Musim Panas telah ditutup jam 11 malam 31 Ogos lalu yang disifatkan sebagai amat positif buat Manchester City.

Rumusan dari urusan Manchester City semasa jendela perpindahan pemain Musim Panas 2017/18..

Berita Pasukan Utama

Wilfried Bony kembali ke Swansea