quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Perkembangan kecederaan Gundogan

Manchester City mengesahkan Ilkay Gundogan mengalami kecederaan lutut selepas kemenangan 2-1 ke atas West Brom hari Rabu lalu.

Pemain tengah Jerman tersebut telah menjalani ujian pagi Khamis selepas terpaksa menamatkan perlawanan berikutan diterjah keras dari belakang oleh pemain tengah West Brom, Claudio Yacob.

Kecederaan lutut kali ini adalah berlainan dengan yang dialaminya yang membawanya direhatkan selama sembilan bulan berikutan perlawanan menentang Watford pada Disember tahun lalu.

Image result for ilkay gundogan injury

Ia masih terlalu awal pada peringkat ini untuk memberi jangkaan beliau akan pulih namun dijangkakan akan kembali berlatih dalam masa beberapa hari lagi.

Ilkay mengepos pesanan di akaun Twitter-nya mengkhabarkan perkembangan kecederaannya yang tidak serius dan akan kembali beraksi tidak lama lagi.

Kami akan melaporkan perkembangannya di laman web kami my.mancity.com.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kecederaan Ilkay tidak serius

Pep Guardiola berkata petanda awal menunjukkan kecederaan Ilkay Gundogan tidak serius selepas kemenangan 2-1 ke atas West Brom.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan pusingan ketiga Piala Carabao

Berita Pasukan Utama

Undian pusingan keempat Piala Carabao

Manchester City telah diundi bertemu Wolverhampton dalam pusingan keempat Piala Carabao di laman sendiri.

Keputusan undian pusingan keempat Piala Liga 2017/18...

Laporan Perlawanan

City mara ke pusingan keempat Piala Liga

Dua gol Leroy Sane di setiap babak perlawanan bawa kemenangan 2-1 buat Manchester City menentang West Brom di the Hawthorns dalam pusingan ketiga Piala Carabao.

Laporan perlawanan Piala Carabao, West Bromwich Albion lwn Manchester City