quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Gabriel Jesus calon 'Golden Boy 2017'

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus telah dicalonkan untuk anugerah berprestij, ‘Golden Boy’ selepas memulakan kariernya dalam bola sepak England yang menyerlah.

Pemain asal Brazil berusia 20 tahun itu telah menjaringkan 11 gol dari 15 penampilan perlawanan Liga Perdana Inggeris menjadikannya mencatat purata gol setiap minit terbaik dalam sejarah Liga Inggeris dan turut menjaringkan gol pertama Liga Juara-Juara Eropah di penampilan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Feyenoord.

Image result for gabriel jesus vs feyenoord

Anugerah ini berdasarkan prestasi sepanjang tahun dengan 30 wartawan sukan dari pelbagai penerbitan Eropah akan menentukan pemenangnya.

Sergio Aguero telah memenangi anugerah ini pada tahun 2007 ketika beliau bersama Atletico Madrid, Mario Balotelli meraihnya tahun 2010 ketika menyertai City dan Raheem Sterling merangkulnya tahun 2014 semasa bersama Liverpool.

Pemenang tahun 2016 pula disandang oleh pemain Swansea, Renato Sanches yang mendapat undian terbanyak pengadil atas persembahan permainannya bersama Benfica, pasukan kebangsaan Portugal dan Bayern Munich.

Image result for golden boy award

Anda boleh membantu Gabriel memenangi anugerah ini selain undian para wartawan dengan mengundinya di pautan ini.

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 23 Oktober.

Berikut senarai penuh pencalonan:

Aarón Martin Espanyol; Jean-Kévin Augustin RB Leipzig; Rodrigo Bentacur Juventus; Steven Bergwijn PSV Eindhoven; Dominic Calvert-Lewin Everton; Federico Chiesa Fiorentina; Ousmane Dembélé Barcelona; Amadou Diawara Napoli; Kasper Dolberg Ajax; Gianluigi Donnarumma Milan; Gabriel Jesus Manchester City; Joe Gomez Liverpool; Benjamin Henrichs Bayer Leverkusen; Borja Mayoral Real Madrid; Kylian Mbappé Paris Saint-Germain; Emre Mor Celta Vigo; Reece Oxford Borussia Mönchengladbach; Christian Pulisic Borussia Dortmund; Marcus Rashford Manchester United; Allan Saint-Maximim Nice; Dominic Solanke Liverpool; Theo Hernández Real Madrid; Youri Tielemans Monaco; Enes Unal Villarreal; Kyle Walker-Peters Tottenham.

Apa Kata Media

Lewandowski mungkin sertai City?

Jendela perpindahan pemain Musim Sejuk lagi tiga bulan lebih akan dibuka namun media sudah mula rancak mengaitkan beberapa nama dengan City.

Gosip dan khabar dari media tentang Manchester City..

Berita Pasukan Utama

Sergio adalah mesin gol ujar Gundogan

Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling memberi pujian khas atas kualiti Sergio Aguero yang menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-0 di Watford.

Reaksi Ilkay Gundogan dan Raheem Sterling seusai kemenangan 6-0 di Watford...

Berita Pasukan Utama

Pep puji kehebatan Aguero

Pep Guardiola memuji hero hatrik, Sergio Aguero selepas City menyungkurkan Watford 6-0 di Vicarage Road, petang Sabtu.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 6-0 di Watford...