quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Stones: Ia satu permulaan bagus UCL buat kami

Penjaring dua gol City dalam kemenangan 4-0 ke atas Feyenoord, John Stones melahirkan rasa gembira dengan permulaan cemerlang pasukan dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain pertahanan England tersebut mencatat dua gol pertama dalam perlawanannya dengan Sergio Aguero dan Gabriel Jesus menambah setiap satu untuk pasukan Pep Guardiola menduduki tempat teratas Kumpulan F.

Stones menanduk masuk gol pertama kurang dua minit selepas perlawanan bermula dan menambah gol keempat di babak kedua di De Kuip, Rotterdam.

“Saya jarang menjaringkan gol! Saya cuba untuk mencatat lebih banyak gol setiap kali bermain dan saya gembira dapat membantu pasukan,” ujar John.

“Hantaran-hantaran cukup cantik dan Kevin De Bruyne menyediakannya elok atas pinggan!

“Dia turut melakukannya semasa menentang Liverpool Sabtu lalu. Anda dapat lihat kualiti ada padanya dan beliau melakukannya sekali lagi kali ini.

“Seperti saya katakan, saya cukup gembira dapat membantu. Ia satu permulaan bagus kempen Liga Juara-Juara Eropah kami.”

Pemain berusia 23 tahun itu telah memulakan musim ini dengan bergaya dan mendapat pujian dari pengurus yang telah membandingkannya dengan pemain pertahanan terkemuka yang pernah dibimbingnya; Gerard Pique dan Philipp Lahm.

“Saya cuba bekerja keras seberapa yang boleh dan cuba lebih baik dari hari ke sehari, untuk terus memperbaiki prestasi, mendengar nasihat pengurus dan belajar dari para pemain lain,” tambah Stones.

“Berlatih bersama-sama, bermain menentang satu sama lain menjadikan kami para pemain lebih baik.

“Ia satu penghormatan mendengar pengurus membandingkan saya dengan para pemain hebat lain dan ia memberikan saya satu motivasi untuk terus bekerja keras.”

Sementara rakan sepasukan, De Bruyne yang sekali lagi tampil cemerlang dengan dua bantuan jaringan untuk Stones menambah.

“Setiap orang tahu tentang skuad kami. Kami mahu bersaing dalam empat kejohanan musim ini,”ujar Kevin.

“Pep Guardiola adalah seorang pengurus yang melakukan paling banyak perubahan musim lalu. Kami tahu hasil yang datang!

“Untuk sesetengah perlawanan, anda akan berada di bangku simpanan tapi jika anda diberi peluang anda perlu beri lebih kepada pasukan. Itu sahaja caranya jika kami ingin menang sebanyaknya.

Image result for kevin de bruyne feyenoord 0-4 man city

“Buat saya, ia satu keseronokan dapat bermain sebegini. Tahap para pemain begitu tinggi dan ia memberikan anda kegembiraan untuk bermain cara ini.

“Ia permainan bagus dari kami dan permulaan baik Liga Juara-Juara Eropah musim ini.”

 

Berita Pasukan Utama

Pep: Permulaan bagus tapi kerja keras menanti

Pep Guardiola mengatakan yang City telah melakukan permulaan bagus untuk kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini, namun menegaskan banyak tugasan berat menanti.

Reaksi Pep Guardiola seusai kemenangan Manchester City 4-0 di Feyenoord...

Berita Pasukan Utama

Pep: Permulaan bagus tapi kerja keras menanti

Pep Guardiola mengatakan yang City telah melakukan permulaan bagus untuk kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini, namun menegaskan banyak tugasan berat menanti.

Reaksi Pep Guardiola seusai kemenangan Manchester City 4-0 di Feyenoord...

Laporan Perlawanan

City mulakan cabaran Eropah cemerlang di Feyenoord

City meneruskan momentum kemenangan dengan membenamkan tuan rumah, Feyenoord 4-0 perlawanan pertama Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah di De Kuip, Rotterdam.

Laporan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah: Feyenoord 0 Manchester 4